“Ramai Tanya Dah Jumpa Keluarga Ke Di Kampung”- Sekali Ini Balas Dr Amalina Tentang Bercuti Di Langkawi

Baru – baru ini satu perkongsian yang dilakukan oleh Dr Amalina Che Bakri telah mendapat perhatian warganet. Dalam perkongsian tersebut, Dr Amalina menunjukkan gambar percutiannya di Langkawi bersama suaminya.

Memilih The Datai Langkawi

Jelas menunjukkan di dalam gambar tersebut, Dr Amalina terus pergi ke Langkawi sejurus tiba di Malaysia. Bukan itu sahaja, Dr Amalina juga turut menunjukkan beberapa gambarnya berjalan-jalan sekitar The Datai Langkawi

Mendapat Respond warganet

Perkongsian itu mendapat respond dari warganet dan rata-ratanya menyambut kepulangan Dr Amalina ke Malaysia. Tetapi dalam ramai yang menyambut kepulangannya, ada yang mempersoalkan tindakan Dr Amalina yang dikatakan terus pergi bercuti tanpa berjumpa dengan keluarga dahulu sejurus pulang ke Malaysia.

Langkawi Travel Bubble

Persoalan yang diajukan kepada Dr Amalina itu telah dijawab sendri oleh Dr Amalina dengan tenang. Dalam penulisannya di ruang komen, dia menjelaskan bahawa percutiannya itu dibawah Langkawi Travel Bubble untuk pelancong antrabangsa.

Para pelancong diminta untuk menjalani kuarantin di Langkawi terlebih dahulu sebelum pergi ke negeri lain sekitar Malaysia. Ini kan Langkawi Travel bubble untuk pelancong antarabangsa. Kena kuarantin di Pulau Langkawi dulu, lepas itu baru boleh terbang ke Kuala Lumpur atau Johor Bahru.

Keluar Bersama Pemandu Pelancong

Tambahnya lagi, dia dan suami perlu tinggal di Langkawi selama 7 hari. Di sana, boleh keluar dari hotel bersama pemandu pelancong untuk melakukan aktiviti dan melawat tempat-tempat pelancongan. Mereka juga perlu melakukan ujian CVD setiap hari, dan jika ujian PCR negatif pada hari ke-7, mereka boleh terbang ke KL/JB.

Sumber: Murai.my

Perkongsian Dr Amalina di Langkawi, menerusi laman Instagram miliknya.

Kali terakhir bertemu Dr Amalina ketika menyambut Aidilfitri di London pada 2019, Sabariah akan menyediakan pelbagai juadah untuk anak dan menantu sebaik mereka pulang ke Johor, awal minggu depan.

“Amalina dari awal dah request macam-macam makanan kesukaan dia untuk saya masak seperti nasi beriani, nasi minyak, nasi hujan panas dan nasi tomato.

“Lauk yang paling dia suka adalah ayam masak merah. Alex (Alexander) pun dah pernah rasa sewaktu saya datang ke UK dulu,” katanya yang sudah lama tidak dapat berjumpa anaknya berikutan sekatan perjalanan akibat pandemik.

Dr Amalina berbual dengan ibunya menerusi panggilan video selepas bernikah, awal tahun lalu.

Menurut pesara guru dan bekas pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Tiram di Johor itu, Dr Amalina juga buat pertama kali pulang ke kediaman baharunya di Ulu Tiram.

“Sebelum ini saya tinggal di Kota Tinggi dan berpindah ke Ulu Tiram pada 2018. Sepatutnya Amalina balik ke Malaysia pada 2020, tapi rancangan tangguh sebab pandemik Covid-19.

“Insya-Allah, sambut Amalina macam raya sebab dia hanya bercuti selama dua minggu di Malaysia termasuk kuarantin, dan kena kerja di London masa raya nanti. Lagipun dah dua kali raya kami tak raya bersama.

“Segala juadah dan masakan yang Amalina request pun biasanya saya buat masa raya. Cuma bezanya tak ada ketupat kali ni, mana nak cari kan,” ujarnya secara berseloroh.

Tambahnya, antara perancangan bersama Dr Amalina adalah bercuti di destinasi pelancongan dan berkunjung ke Kuala Lumpur memandangkan menantunya pertama kali tiba di Malaysia.

Sabariah juga memberitahu, dia tidak sabar berjumpa dengan menantunya kerana menganggap jejaka berusia 33 tahun itu seperti anak sendiri.

“Saya dah anggap dia (Alex) macam anak saya sendiri, sayang dia sebagai anak. Bila kali ni berjumpa dia sebagai menantu, sudah tentu saya seronok,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*