Pengasuh Aafiyah Sarat Hamil Jatuh Tersungkur Dari ‘Motorbike, Kini Berada Di Wad Kecemasan

Mungkin ramai yang sudagh mengenali figura cantik yang membahasakan dirinya sebagai kakak kepada anak penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.

Kalau nak tahu, pemilik nama Dayah Zubit ini merupakan bekas pengasuh kepada Siti Aafiyah.

Selepas mendirikan rumah tangga pada Jun lalu, Nur Hidayah Zubit atau mesra disapa Dayah terpak$a menamatkan tugasnya setelah mendirikan rumah tangga dengan sorang pemain forward untuk pasukan Terengganu FC.

Semalam, perkongsian story di Akaun Instagram Dayah dan suaminya menarik perhatian ramai apabila berkongsi gambar Dayah di dalam wad sebuah hospital di Terengganu

Dayah dipercayai mengalami keceder4an di bahagian kepala, siku, tangan, lutut dan juga kaki. Selain berterima kasih kepada suami dan juga ahli keluarga yang sentiasa menjaganya, ‘mak buyung’ tersebut menegaskan akan berehat dan kurangkan aktiviti sementara tunggu hari untuk melahirkan.

Rata-rata warganet turut bersimpati kepada nasib yang menimpa Dayah Zubit. Ramai yang mendoakan agar kesihatannya kembali pulih dan dipermudahkan urusan bersalin nanti.
Dayah Zubit pengasuh Siti Aafiyah berhenti kerja, Siti Nurhaliza upah guru jadi penjaga

“Lega ada seorang cikgu boleh mengajar, buat aktiviti”

SELEPAS mendirikan rumah tangga pada Jun lalu, Nur Hidayah Zubit atau mesra disapa Dayah terpaksa menamatkan perkhidmatannya sebagai pengasuh kepada anak penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah.

“Sedikit lega kerana ada seorang cikgu yang menjaga, saya nampak ada perkembangan positif… sebolehnya saya pun tak mahu Aafiyah hanya tumpu pada gajet sahaja, sekurang-kurangnya dia ada aktiviti bersama cikgu walaupun saya tiada di rumah,” katanya kepada mStar.

Ujar Siti, 42, dia menggantikan Dayah dengan seorang pengasuh baharu yang turut berperanan sebagai guru bagi membimbing proses pembelajaran Aafiyah yang kini berusia empat tahun.

“Dalam era pandemik ini sebenarnya bukan mudah anak-anak kena duduk rumah sahaja. Cuma saya bersyukur ada ruang untuk buat aktiviti dengan Aafiyah, sekurang-kurangnya Aafiyah tak boring, dalam waktu berkurung di rumah ni dia boleh bentuk perkembangannya.

“Selepas Dayah (bekas pengasuh Aafiyah) berhenti kerana berkahwin, kita cari penjaga baharu iaitu seorang guru supaya boleh mengajar dan buat aktiviti bersama Aafiyah di rumah.

Untuk rekod, Dayah yang berkelulusan dalam bidang kejururawatan bertugas sebagai pengasuh Aafiyah sejak 28 Mei 2018.

Siti ditemui semasa majlis sambutan ulang tahun produk makanan kesihatan Beausiti yang ke-2 dan kempen Stronger 2gether yang diadakan secara maya pada Selasa.

Sementara itu, isteri kepada ahli perniagaan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K ini berkata, pandemik Covid-19 memberi banyak hikmah kepadanya, lebih-lebih lagi dia baru sahaja menimang cahaya mata kedua, Muhammad Afwa pada 19 April lalu.

“Alhamdulillah Afwa dah nak masuk lima bulan… seronok dapat tengok anak-anak membesar depan mata sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini. Bagi saya ada hikmah atas apa berlaku sebab saya banyak ruang dan masa bersama mereka.

“Walaupun sibuk meeting secara online tapi saya boleh tengok anak-anak depan mata… bayangkan kalau saya kerja macam biasa, balik kerja dah petang memang tak boleh nak pantau sepanjang hari.

“Baru-baru ini saya bawa Aafiyah pusing-pusing naik kereta sahaja, tapi dia punya teruja dapat tengok banyak kereta dan lampu-lampu di jalan… kasihan pula tengok Aafiyah mungkin terlalu lama di rumah,” katanya.

Bercakap mengenai Beausiti, Siti memberitahu sempena ulang tahun ke-2, jenama makanan kesihatan miliknya itu menawarkan diskaun menarik sebagai penghargaan kepada pelanggan atas sokongan padu mereka.

Kempen Stronger 2gether merupakan salah satu cara untuk menyokong inisiatif Kerajaan dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dengan menawarkan promosi untuk mereka yang telah menerima vaksin lengkap.

Promosi istimewa ini berlangsung dari 16 September hingga 30 September hanya di laman web BeauSiti dan tertakluk pada terma dan syarat.

Sumber :Instagram Dayah Zubit

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*