“Tak Sngka Mak Mentua Beri Gelang Emas”- Wanita Syukur Diterima Baik Walaupun Hnya Suri rumah

Setiap pasangan yang berkahwin inginkan kebahagiaan sehingga till jannah, mengekalkan kebahagiaan rumah tangga tidak semudah yang disangka sekiranya pasangan tidak mengetahui permulaan kebahagiaan.

Sudah menjadi angan-angan bagi setiap isteri dikurniakan ibu mntua yang baik dan juga penyayang,

Memuatnaik satu video dilaman tiktok AzirahFirdaus yang telah mendapat seutas gelang emas daripada ibu mentua telah meraih perhatian ramai.

Menerusi kapsyen tersebut, dia mengakui berasa agak malu ketika itu untuk menerima pemberian tersebut.

Wanita berkenaan memanjatkan rasa syukur kerana telah dikurniakan ibu mertua sebaik itu. Walaupun tidak berpangkat tinggi hanya sebagai surirumah tetapi dia tetap di sanjung tinggi.

Komen Netizen:

Ciri-Ciri Keluarga Bahagia

Tempat tinggal – Mempunyai tempat berlindung dan tempat tinggal yang selesa dan sempurna dengan keperluan harian. Di rumah lah segalanya bermula, disini juga lah tempat mereka menghabiskan masa bersama antara satu sama lain.

Pendidikan – Anak-anak mendapat pendidikan yang mencukupi sama ada disekolah mahupun dirumah. Memberi pendidikan kepada anak-anak adalah merupakan salah satu tanda ibu bapa memainkan peranan mereka.

Gaya hidup sihat – Ahli keluarga mengamalkan gaya hidup yang sihat. Menyediakan dan makanan makanan yang seimbang serta sentiasa melakukan aktiviti riadah di luar bersama merupakan ciri-ciri sesebuah keluarga yang mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Berkomunikasi – Keluarga yang bahagia sentiasa berkomunikasi secara sihat, saling hormat menghormati, bersopan santun dengan ibu bapa, dan berinteraksi secara positif antara satu sama lain.

Memainkan Peranan – Setiap ahli keluarga mempunyai peranan masing-masing untuk dipegang dan dipraktikkan. Sebagai anak, mereka perlu taat, dan menghormati orang tua mereka. Sebagai ibu bapa pula mereka hendaklah menyediakan setiap keperluan dan memberi nafkah zahir dan batin kepada setiap ahli keluarga.

Ekonomi keluarga stabil – Keluarga yang bahagia bukan lah bermaksud mesti kaya raya, sebaliknya keluarga yang mempunyai ekonomi keluarga yang stabil, yang mampu menampung perbelanjaan harian, dan boleh menyara mereka dalam jangka masa yang panjang.

Amalan Agama – Selain diatas, agama juga tidak dilupakan. Tidak dinafikan, agama juga merupakan salah satu faktor yang menentukan kebahagiaan sesebuah keluarga. Memberi pendidikan dan mengamalkan nilai-nilai agama merupakan perkara penting yang perlu dititikberatkan untuk mencapat keluarga yang harmoni dan mempunyai nilai adab dan moral yang tinggi.

Syang menyayangi – Keluarga adalah sekelompok individu yang saling sayang menyayangi, tidak mementingkan diri sendiri, dan sentiasa ambil peduli tentang keadaan sesama mereka sendiri. Ini kerana kekurangan sokongan dari ahli keluarga boleh membawa salah seorang daripada mereka ke jalan yang salah.

Jika keluarga anda tiada salah satu ciri-ciri diatas, berkemungkinan anda tidak mempunyai keluarga yang bahagia dan ini sangat membimbangkan.

Bagaimana melahirkan keluarga bahagia?

Untuk melahirkan keluarga yang bahagia, ianya memerlukan kerjasama semua pihak. Baik dari ibu bapa serta anak-anak.

Setiap ahli keluarga juga hendaklah memainkan peranan masing-masing supaya objektif perkahwinan dan keluarga dapat dicapai dengan berjaya.

1) Peranan ibu dan bapa

Anda sebagai ibu dan juga bapa perlu sedar apakah tanggungjawab suami dan isteri kepada keluarga.

Setiap peranan anda sebagai salah seorang ahli keluarga mesti dimainkan dan anda juga mestilah memahami maksud sebenar rumahtangga yang anda ingin kecapi.

Perbincangan dan kata sepakat hendaklah diadakan bersama pasangan anda tentang bagaimana cara melahirkan keluarga bahagia.

Setiap masalah dan kemusykilan perlu dibincangkan agar persefahaman dapat diperolehi.

2) Komunikasi Berkesan

Anda sebagai salah seorang ahli dalam keluarga anda berperanan dalam menjadikan keluarga anda tenteram dan harmoni.

Pergaduhan dan perbalahan dapat dielakkan dan diselesaikan sekiranya anda sentiasa berkomunikasi dan berbincang cara untuk menyelesaikan masalah tersebut bersama sama ahli keluarga.

Kongsikan segala masalah dan konflik yang dihadapi dengan cara yang professional dan elakkan perasaan marah dan emosi yang tidak stabil daripada mengganggu komunikasi anda tersebut.

Ini supaya masalah yanng berlaku dapat diselesaikan dengan adil dan baik serta semua pihak dapat menerima dengan hati yang terbuka akan apa yang berlaku.

3) Menerima 

Amalkan sikap saling menerima kelemahan masing-masing.

Ini kerana setiap daripada kita dilahirkan untuk mempunyai perbezaan daripada sikap, cara kita mengawal keadaan, dan penerimaan kita terhadap sesuatu konflik yang baru.

Anda perlu sedar akan kelemahan anda dan pasangan anda, serta ahli keluarga yang lain dan berikan lah sokongan moral yang tinggi dan tidak berbelah bahagi kepada mereka agar dapat sama-sama berubah kearah yang lebih baik.

Sikap sabar dan saling hormat menghormati antara satu sama lain boleh menambah rasa cinta dan kebahagiaan rumah tangga anda.

Sumber: Tiktok AzirahFirdaus

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*