Dilamar Ketika Di Madinah, Zulin Aziz Pilih Tarikh Cantik 20.02.22 Untuk Majlis Nikah

Tahniah diucapkan kepada penyanyi dan pelakon, Zulin Aziz,33, yang telah selamat mengikat tali pertunangan dengan lelaki pilihannya, Farhan Norzaini, 35, kira-kira 9.00 malam pada Jumaat.

Majlis diadakan secara tertutup dan sederhana selain dihadiri m keluarga terdekat kedua-dua belah pihak di kediaman abang bintang berkenaan di Segambut Dalam, Kuala Lumpur.

Pada majlis berkenaan, Zulin Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz, menerima dua bentuk cincin (merisik dan bertunang) daripada tunangnya.

“Alhamdulillah, Farhan melamar saya ketika berada di Madinah. Sebenarnya sudah lama kami merancang, akhirnya Allah memperkenankan doa saya ketika berada di Tanah Suci.

“Majlis pada malam ini jugs diadakan serba ringkas. Malah atas permintaan keluarga kami hanya menjemput keluarga terdekat sahaja demi menjaga prosedur operasi standard ( SOP),” katanya.

Ditanya mengenai Farhan yang berjaya memenangi hatinya sehingga terbuka hati untuk memilih lelaki itu sebagai teman sehidup semati, Zulin percaya Farhan mampu membimbingnya ke jalan yang diredai.

“Dia seorang yang bertanggungjawab dan pandai mengambil hati keluarga. Dia jugs seorang pendengar yang setia. Saya selesa bersama dengannya dan boleh meluahkan apa sahaja kepadanya,” katanya.

Sementara itu, Farhan menyifatkan Zulin sebagai seorang yang ikhlas selain pandai mengambil hati keluarganya.

“Dia berada bersama saya di saat saya mengharungi detik paling hitam dalam hidup iaitu ketika saya kehilangan arwah ibu pada Oktober tahun lalu.
“Di situ saya tahu bahawa dialah wanita yang saya mahu sehidup semati.

Malah arwh ibu pernah berpesan jika mahu memilih calon isteri, pilihlah wanita yang boleh menjaga saya seperti mana arwh menjaga saya. Dan Zulin ada ciri-ciri itu,” kongsinya.

“Waktu itu saya sedang menonton rancangan Melodi bersama arwah ibu. Kebetulan ada paparan cerita Zulin tak jadi kahwin. Lepas to arwah ibu cakap dia rasa kasihan dengan Zulin. Malah tak semena mena, arwah ibu tiba-tiba cakap tak kisah andai Zulin menjadi menantunya.

“Seterusnya, adik saya yang mendesak supaya mengirimkan mesej Iangsung kepada Zulin di IG. Saya memberanikan diri dan tak sangka dia membalas mesej. Masa itu saya fikir tak mungkin Zulin membalas mesej itu kerana saya hanya orang biasa di antara jutaan pengikutnya yang lain,” kata Farhan.

Pasangan ini menetapkan tempoh kurang dari sebulan untuk ikatan pertunangan dan merancang untuk berkahwin pada 20 Februari 2022.
Pasangan sama cantik sama padan itu saling rapat sejak dua tahun lalu selain menjadi rakan kongsi

Pengacara Zulin Aziz bakal berkahwin dengan kekasihnya, Farhan Norzaini pada 20 Februari ini.

Khabar gembira itu dikongsi Zulin, 33, atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz selepas melangsungkan majlis pertunangan dengan Farhan hari ini.

“Alhamdulillah, kami memilih tarikh ijab dan kabul pada 20 Februari ini.

“Doakan semoga segala urusan kami dipermudahkan,” katanya.

Menerusi Instagram Story Zulin, dia terlebih dahulu memuat naik foto berinai dan pelamin majlis pertunangan mereka.

Pada majlis itu Zulin dan Farhan mengenakan busana sedondon berona hijau.

posting berkenaan Zulin turut berkongsi fotonya bersama Farhan, dipercayai selepas selesai majlis pertunangan yang diadakan pada Jumaat malam.

Kisah Zulin dan Farhan pernah dikatakan sebelum ini apabila dia berkongsi gambar seakan-akan sesi fotografi pra-perkahwinan.

Zulin juga pernah memberitahu dia dan Farhan sudah lama berkenalan dan mereka sama-sama menguruskan perniagaan menjual makanan.

Hujung tahun lalu pasangan ini bersama-sama mengerjakan umrah di Tanah Suci. Meskipun tiada sebarang kenyataan dari Zulin tentang hubungan mereka, peminat sudah mula menghidu apabila sering berkongsi ucapan romantis di media sosial.

Sumber : Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*