“Hati-Hati Bila Berkata, Ada Keluarga, Jagalah Anak Sendiri Dahulu..”- Ernie Zakri Sound Dato Vida

Sebelum ini, menerusi satu siaran ‘live’ di media sosial, Vida menuduh Anuar sebagai seorang yang mengamalkan hubungan sejenis. Tindakan keterlaluannya itu juga telah membuatkan kakak Anuar iaitu Ziana Zain menulis komen ‘sangat biadap’.

Dianggap sangat keterlaluan menuduh penyanyi Anuar Zain sebagai seorang gay, usahawan kontroversi Datuk Seri Vida terus-menerus menerima kecaman dan kritikan daripada wargamaya.

Semalam, anak saudara kepada Anuar, penyanyi dan pelakon Ernie Zakri turut kelihatan bersuara di platform Twitter miliknya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat pelantun lagu Boneka bersetuju dengan kenyataan itu. Malah, ada segelintir yang meminta keluarga Ernie untuk memberi pengajaran kepada Vida supaya insiden sama tidak akan berulang lagi.

Komen Netizen:

“Anak sendiri dah rentung pun masih tak sedar diri, laki pulak tak pernah nk lekat, kahwin la 200, 3 juta kali pun,, kalau tak meninggal, cerai.. Dia pun rumahtangga tunggang langgang. Ada hati nk mengata org..”

GARA-GARA perkongsian Datuk Seri Vida mendakwa dan melabelkan Anuar Zain mengamalkan hubungan sejenis menerusi sidang Instagram live, kakak penyanyi itu iaitu Ziana Zain tampil bersuara.

Menerusi video yang dikongsi pengguna TikTok, Ziana menyelar tindakan usahawan kosmetik berkenaan sebagai biadab.

Pada Selasa, tindakan Vida menjawab pertanyaan seorang pengikut di laman Instagram miliknya yang meminta dia memikat penyanyi lagu Lelaki Ini berkenaan.

Bagaimanapun jawapan Vida secara berbisik seakan berbunyi ‘kay’ atau ‘gay’ yang kurang jelas mengundang rasa kurang senang netizen.

Video berdurasi 12 saat itu menerima reaksi negatif yang rata-rata marah dan menganggap tuduhan itu keterlaluan.

Selain itu, menerusi perhatian mStar laman sosial Vida turut diserang netizen yang meminta dia membuat permohonan maaf kepada penyanyi berkenaan.

Ada juga segelintir yang meminta Anuar Zain mengambil tindakan undang-undang terhadap ahli perniagaan itu kerana mencalarkan maruahnya.

“Sila mohon maaf dengan Anuar Zain!

“Semoga adik-beradik Anuar dan Ziana saman awak.

“Bekas cikgu ke ni? Macam tak berpelajaran cakap macam tu. No class,” tulis netizen.

Susulan itu, Vida membuat penjelasan bahawa perkataan sebenar yang disebut pada IG live sebelum ini bukan ‘gay’ sebaliknya ‘okay’.

Sementara itu, usaha mStar mendapatkan komen Vida dan Anuar Zain masih belum berjaya apabila mereka tidak menjawab dan membalas mesej yang dihantar sejak malam Selasa.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*