“Macam Kau Sorang Ada Suami Kat Dunia Ni”- Netizen Mula Meny4mpah Dengan Heliza Helmi

Meskipun sudah sebulan mendirikan rumah tangga, aktivis kemanusiaan Nur Heliza Helmi bersama ahli perniagaan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman masih lagi mendapat perhatian.

Sehingga kini kisah mereka masih menjadi bahan bualan ramai di media sosial.

Baru-baru ini, ketika mereka sudah bersiap untuk keluar sempena dengan majlis resepsi berlangsung di dewan Bizmilla, Mahadi berkata dia terlupa untuk memakai stokin dan

isterinya yang membantu untuk memakaikan stokin ke kakinya.

Perkara itu dikongsi menerusi akaun Instagram milik DS Mahadi.

“MasyaAllah, dah nak keluar bilik tapi lupa pakai stokin jadi isteri solehah Abg Dee ni tolong pakaikan..

“Semoga Allah merahmati kami dan kita semua di kurnikan sakinah mawaddah warahmah till jannah bersama pasangan2 kita..”– Katanya

Perkongsian Mahadi itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Malah ada yang mengatakan mereka teringat akan Allahyarham Siti Sarah yang sering pakaikan Shuib stokin.

Namun, ada juga segelintir netizen sudah mula muak dan menyampah dengan kisah pasangan tersebut yang seperti tiada kesudahan sejak awal kahwin lagi.

MEMASUKI tahun baharu 2022, penyanyi Heliza Helmi kini sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, kira-kira pukul 10 pagi, Sabtu.

Berita gembira itu dikongsikan pendakwah terkenal, Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim di Instagram.

“Tahniah kedua adinda saya Mahadi dan Heliza Helmi kerana hari ini kalian disatukan dengan izin Allah.

“Syukur kepada Allah setelah sekian lama saya menyimpan rahsia kalian.

Difahamkan majlis resepsi mereka akan diadakan di Lanai Asmara, IOI Resort City, Putrajaya.

Sementara itu, menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh jurufoto Aqo Imran, Heliza akui rasa berdebar sebelum majlis akad nikah berlangsung.

“Berdebar-debar. Perasaannya nak semua orang doakan yang terbaik,” katanya.

Dalam pada itu rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Heliza yang juga aktivis kemanusiaan serta pasangannya.

“Alhamdulillah… tahniah Datin @nurhelizahelmi dan Datuk @mahadibz.

“MasyaAllah macam tak percaya pula! Barakallah Heliza dan Datuk Seri Mahadi.

“Secocok dan seperjuangan… tahniah Datin Seri Heliza dan Datuk Seri Mahadi,” kata beberapa netizen.

Hasil semakan, Mahadi adalah pengasas dan presiden AUF MBZ Concortium iaitu syarikat yang menawarkan perkhidmatan pelaburan kewangan.

Dia juga pernah viral pada 2017 selepas kereta mewah jenis Jaguar miliknya dihiasi 4,600 buah kereta mainan ‘Hot Wheel’.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*