Kesian Melihat Bekas Isteri Terima Kec4man, Ini Permintaan Fizo Omar Kepada Orang Ramai

“Maryam sangat rapat dengan saya, tidak logik jika saya sanggup tinggalkan dia seorang diri.”

Demikian respon pelakon dan usahawan Fizo Omar selepas didakwa mengabaikan anaknya, Wan Maryam, 5, ketika bercuti di sebuah taman tema di Johor Bahru, Johor baru-baru ini.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 36, memberitahu kesemua permainan di taman tema tersebut direka khusus untuk kanak-kanak dan sememangnya tidak masuk akal jika anaknya dibiarkan bersendirian.

“Saya bawa anak ke taman tema tersebut yang sememangnya tempat kanak-kanak dan logik ke kalau nak tinggalkan dia seorang diri

“Kami pergi ke sana seramai tujuh orang dan masuk akal ke kalau dia dibiarkan seorang diri, manakala kami semua sibuk bermain?” katanya.

Fizo Tidak mahu balas kenyataan bekas isteri

Enggan mengeruhkan lagi keadaan, Fizo menegaskan tidak akan membalas sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas isterinya bagi mengelakkan lebih banyak salah faham.

FIZO juga yakin hubungan antara isterinya, Fazeera dan Maryam juga sangat baik.

Pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa berkenaan juga berharap orang ramai khususnya netizen tidak terus mengecam dan memberinya ruang yang sepatutnya kepada bekas isterinya, Mawar Karim.

“Itu sajalah jawapan saya dan tak mahu membalas mana-mana kenyataan pihak lain.

“Jadi, rasa-rasanya orang pun tahu menilai dan saya sendiri tidak sempat nak lihat media sosial, ada juga mendengar orang bercakap mengenai hal ini serta ramai juga netizen memberipandangan. Terima kasih untuk semua pandangan dan nasihat yang diberikan.

“Saya maafkan dia dan mohon netizen tidak menghentam dan terus menghukum dia, mungkin kerana terlalu beremosi,” ujarnya.

Terbaru, Fazeera memuat naik satu video ke Instagram yang memaparkan detik bercuti dengan keluarganya di taman tema itu.

Melalui kapsyen pula, dia meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan ramai ahli keluarga baru selepas berkahwin dengan Fizo Omar terutamanya Maryam.

Walaupun dia akui jarang berkongsi tentang kehidupan peribadi terutamanya melibatkan keluarga ke media sosial, namun ia bukanlah mengukur kasih sayangnya terhadap mereka.

Turut meleraikan persoalan ramai, anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu menjelaskan hubungan Maryam dengan isterinya, Fazeera Nazri Aziz sangat rapat.

“Sebagai bapa, saya tidak akan abaikan anak sendiri sedangkan Maryam sangat rapat dengan saya. Saya nak ke tandas pun dia nak ikut saya.

“Dia juga sangat rapat dengan isteri saya, Fazeera Nazri Aziz yang dipanggil sebagai ummi.

“Jadi benda ini pun memang tak maksud akal dan itu pandangan dia, apapun janganlah terus menghentam dia,” katanya lagi.

Terdahulu, Mawar memuat naik beberapa hantaran InstaStory memberi bayangan percutian anaknya bersama Fizo tidak seindah yang ditunjukkan dalam media sosial.

Paling mencuri perhatian ialah apabila Mawar menerima sekeping gambar daripada seorang individu memaparkan Maryam dilihat berdiri bersendirian di taman tema tersebut.

Tidak terhenti di situ, dia turut meluahkan rasa kecewa dan risau apabila Maryam menyebut perkataan sad (sedih) selepas pulang bercuti dengan bapanya.

Untuk rekod, Mawar mendirikan rumah tangga bersama Fizo pada November 2013 sebelum disahkan bercerai pada 10 Julai 2019.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Maryam.

Sementara, Fizo kembali mencuri perhatian umum apabila mengumumkan selamat mendirikan rumah tangga dengan Fazeera yang juga seorang bekas pramugari pada 21 Oktober 2021 di Janda Baik, Pahang.

Sumber: ffezyranesry

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*