“Bukan Seorang Tapi Empat Orang”- Isteri Pertama Diam-Diam Hadiahkan Tiga Isteri Baru Buat Suami

Sebut saja mengenai poligami pasti membuatkan kaum hawa jadi tidak keruan. Perkataan itu membuatkan mereka paranoid kerana enggan berkongsi kasih hingga timbul tanggapan negatif mengenainya, walaupun poligami adalah syariat Islam.

Lebih menyedihkan apabila ada wanita sanggup memilih untuk bercerai daripada hidup berpoligami biarpun sudah membina mahligai sejak berpuluh tahun lamanya.

Bagaimanapun, ada juga wanita yang terbuka untuk berpoligami, malah turut menjadi ‘ejen cari jodoh’ buat suami mereka di laman sosial.

Lebih mengagumkan apabila ada antara mereka yang boleh tinggal sebumbung dengan madu dan hidup bahagia dengan suami tercinta. Ikuti kisah hidup sebahagian mereka sebagaimana yang sanggup dimadukan.

Terdahulu, tular di TikTok apabila seorang isteri yang dikenali sebagai Mimi memuat naik sebuah video yang memiliki bukan satu tapi tiga orang madu. Wanita berkenaan juga dilihat turut sama menjayakan majlis pernikahan suaminya yang keempat.

Walaupun terkesan, sikap tolak ansur dalam berumah tangga itu penting demi menjamin kebahagiaan mereka. Yang penting suami kena berlaku adil.

Mimi yang merupakan isteri pertama berkata, kesunyian yang dirasai setiap kali suaminya bertugas di luar kawasan menyebabkan dia meminta suaminya itu untuk mencarikannya madu.

“Saya yang suruh suami cari madu sebab saya nak ada teman dan yang paling penting wife kedua sebenarnya adalah BFF (best friend forever) saya pada asalnya.

Menurut Mimi, perkahwinan keempat suaminya itu yang berlangsung pada 21 Disember lalu mendapat restu daripada ketiga-tiga ‘isteri tua’.

Selain Mimi, suaminya, seorang kontraktor yang hanya ingin dikenali sebagai Wary, turut berkahwin dengan Rina, 26, Anis, 25 dan Tiha, 25.

Kesemua mereka menjalankan perniagaan yang berbeza secara kecil-kecilan.

Menurut Mimi yang berkahwin pada tahun 2014, mereka kini mempunyai dua orang cahaya mata, iaitu anak perempuannya yang kini berusia tujuh tahun serta seorang lagi anak lelaki berusia empat tahun, hasil perkahwinan Wary dengan dengan isteri keduanya.

Video:

Sumber: riverbed.me

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*