“Heliza Ada Hntar Mesej, Sy Jadi Terkejvt Bila Baca”- Suami Dedah Mesej Heliza Seblum Khwin

BERITA gembira pernikahan penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi dan suaminya Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman mengejutkan banyak pihak.

Menariknya sama ada Heliza, 37, atau Mahadi, 38, kedua-dua mereka tidak pernah berkongsi tentang hal peribadi di media sosial sehinggalah sah bergelar suami isteri pada 1 Januari lalu.

Menerusi pertemuan secara eksklusif dengan mStar, Mahadi yang juga seorang usahawan dalam bidang kewangan mengakui dia dan Heliza tidak pernah melaui fasa bercinta.

“Sejujurnya memang saya dan dia tak pernah bercinta sebelum kahwin.

“Saya dapat tahu dia single dan apabila saya approach, dia pun terima,” katanya kepada mStar.

dalam video in, Dato Izhar dedahkan apa mesej Heliza kepadanya.

MEMASUKI tahun baharu 2022, penyanyi Heliza Helmi kini sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, kira-kira pukul 10 pagi, Sabtu.

Berita gembira itu dikongsikan pendakwah terkenal, Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim di Instagram.

“Tahniah kedua adinda saya Mahadi dan Heliza Helmi kerana hari ini kalian disatukan dengan izin Allah.

Difahamkan majlis resepsi mereka akan diadakan di Lanai Asmara, IOI Resort City, Putrajaya.

“Syukur kepada Allah setelah sekian lama saya menyimpan rahsia kalian.

Sementara itu, menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh jurufoto Aqo Imran, Heliza akui rasa berdebar sebelum majlis akad nikah berlangsung.

“Berdebar-debar. Perasaannya nak semua orang doakan yang terbaik,” katanya.

Dalam pada itu rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Heliza yang juga aktivis kemanusiaan serta pasangannya.

“Alhamdulillah… tahniah Datin @nurhelizahelmi dan Datuk @mahadibz.

“MasyaAllah macam tak percaya pula! Barakallah Heliza dan Datuk Seri Mahadi.

“Secocok dan seperjuangan… tahniah Datin Seri Heliza dan Datuk Seri Mahadi,” kata beberapa netizen.

Hasil semakan, Mahadi adalah pengasas dan presiden AUF MBZ Concortium iaitu syarikat yang menawarkan perkhidmatan pelaburan kewangan.

Dia juga pernah viral pada 2017 selepas kereta mewah jenis Jaguar miliknya dihiasi 4,600 buah kereta mainan ‘Hot Wheel’.

Sumber: mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*