Shuib Kena Kec4m, Sekali Lelaki Ini Brsuara Buat Ramai Setuju “Kubur Isteri Msih Merah, Dah Sibuk Nak Khwin”

Baru-baru ini hangat sedang diperkatakan pelawak Shuib Sepahtu mengakui ada mengenali wanita lain selepas hampir lima bulan pemergian isteri tercinta, Allahyarhamah Siti Sarah.

Maka, ramai netizen mula memberi pelbagai reaksi dan persepsi tentang perkembangan terbaru Shuib. Ada yang menyifatkan terlalu awal untuk dibicarakan mengenai perkara itu.

Seorang penceramah motivasi terkenal, Fadzli Aziz menepis pan

dangan netizen dan mengulas tentang perkara ini. Mari kita fahami.

Mungkin ada orang marah bila baca berita ni.

“Kubur isteri masih merah lagi dah sibuk nak kahwin”.

“Macam cepat sangat je”.

“Tak boleh fokus anak dulu ke?”.

Kita yang menulis ni sambil duduk bersantai, berehat dan mungkin sambil-sambil skrol Fb terus bagi komen.

Lepas komen dah lupa. Kita masih dengan kehidupan kita masing-masing. Apa terjadi pada orang tu pada masa akan datang pun kita tak ikut rapat-rapat dah.

Pada saya jangan kita mengukur keadaan dan keperluan seseorang berdasarkan keadaan kita.

Jangan nilai seseorang berdasarkan prinsip kita.

Selagi ianya tidak bersalahan syarak, maka hormatilah.

Kadang-kadang saya perasan sebahagian anak, apabila mak atau ayah meninggal, lalu kita tak benarkan mereka berkahwin.

Kita pula dah ada keluarga sendiri, tinggalkan ibu atau ayah kat kampung. Dahlah mak atau ayah berseorangan. Kita pula yang sibuk menyekat keinginan dan keperluan mak atau ayah kita.

Pada umur-umur sebegini mak atau ayah kita akan merasa kesunyian kerana anak-anak tak lagi berada di sisi.

Saat ini menjadi semakin lama semakin sensitif. Cepat terasa walau hal kecil pun. Tambahan lagi yang dah kehilangan pasangan dan berseorangan pula.

Pada saya bertimbang rasalah kerana setiap orang itu keadaannya tak sama, keperluannya tak sama.

Wallahu aalam.

Reaksi netizan

“Dulu sahabat saya nikah selepas setahun kematian suami. Walau ramai org yang mengata, saya sgt gembira dengar berita tu. Alhamdulillah, syukur sgt2 ada lelaki yg sudi berkahwin dan menggalas tanggungjawab sebagai ayah kpd 5 org anaknya. Saya syukur anak2 kawan saya dpt ayah dan dia sudah ada suami utk melindunginya.”

“Maaf ckp lah… org lelaki mmg sng move on. Org ppuan? Memikirkn msa dpn ank² & kedudukan dirinya di akhirat sbgi isteri yg ditgglkan di dunia nanti. Nak kawin smula mmg akn jdi perkara terakhir dlm minda. Ini fakta yg xbley dinafikan sbb dah byk terjdi mcm ni dpn mata. Isteri meninggal, si suami smpi dah nak pengsan di tanah perkuburan. Kemain sedih. Tup² 6 bln kemudian, dah kawin dgn isteri baru.”

Sumber: Fadzli Aziz

Sebelum ini, usahawan k.osmetik terkenal Dato Seri Vida ada mengadakan sambutan hari lahir anak sulung pasangan itu iaitu Uwais Al Qarni kerana tidak dapat memenuhi jemputan sebelum ini.

Perkara tersebut dikongsikan DS Vida menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Membahasakan dirinya sebagai Mama Vida, sedutan video tersebut memperlihatkan anak-anak Shuib begitu mesra dengan usahawan k.osmetik itu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengikut media sosial DS Vida memuji sifat keibuan yang ditonjolkan dalam usaha menceriakan Uwais dan juga adik-adiknya yang lain.

Ada juga komen-komen n.akal yang berharap supaya Vida berjodohan dengan Shuib dan menjadi ibu kepada anak-anaknya.

Tidak kurang juga yang mengusik supaya mendapatkan restu daripada anak DS Vida iaitu Cik B sebelum berjodohan dengan Shuib.

Mateen Tanya Mana Aunty

Pelawak popular, Shuib Sepahtu, 37, mengakui sedang mengenali seseorang, namun, hubungan belum tahap serius.

Baginya, soal jodoh diserahkan kepada urusan Allah. Namun, enggan membuang masa, memandangkan usia bukan muda lagi.

“Saya takut wujud perbandingan yang sepatutnya tidak berlaku kerana arwah duduk dalam kelas yang tersendiri dan teratas. Orang baharu pula adalah buku baharu yang tidak boleh dibuat sebagai perbandingan.

“Jujurnya, saya sedang mengenali seseorang, namun, setakat kawan-kawan sahaja, hubungan tidak serius. Kali ini, perhubungan berbeza kerana saya bukan orang bujang yang tidak perlu fikir banyak perkara.

“Saya kini berstatus duda anak empat, jadi saya tidak mahu membuang masa. Saya lebih suka bersikap straight to the point jika kalau jumpa calon sesuai. Tetapi, jika tidak sesuai, kena cepat-cepat cari yang sesuai.

Banyak benda besar berlaku dalam hidup membuatkan saya semakin matang. Sekiranya wanita ini ingin mengenali saya, saya terpaksa gerak dahulu kerana tidak mahu membuang masa,” katanya.

Kredit : BN/OM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis

komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*