Rasa Tak Sedap Hati Anjing Tak Berhenti Menyalak, Rupa-Rupanya Ayah Dah Kena Terk4m

Kuala Lumpur: Seorang lelaki mavt selepas diser4ng seekor har!mau belang jantan ketika sedang membuang air kecil di belakang rumahnya.

Malah m4ngsa dikatakan sempat diseret haiwan liar itu sebelum may4tnya ditemui pasukan Jabatan Perlindungan Hidupan L!ar dan Taman Negara (Perhil!tan).

Perkara itu dimaklumkan salah seorang penduduk berhampiran Kampung Orang Asli Sau, Pos Bihai, Gua Musang, Kelantan tadi.

Dia yang enggan namanya didedahkan memaklumkan harlmau jantan itu sudah mula mengg4nggu penduduk sejak malam semalam.

“Penduduk kampung itu diser4ng ketika keluar mencari ikan untuk menyambut pesta padi malam semalam. Kami dikej4r haiwan bu4s itu namun berjaya menyeIamatkan diri,” katanya.

Namun pagi tadi salah seorang penduduk kampung berusia 59 tahun diser4ng har!mau ketika membuang air kecil di belakang rumahnya sekitar jam 9 pagi.

“Anak perempuan m4ngsa yang sedang menumbuk padi mengesy4ki sesuatu berlaku terhadap ayahnya selepas terdengar bunyi anjing menyalak kuat.

“Penduduk kampung ini kemudian pergi memeriksa di belakang rumah m4ngsa sebelum menemui kesan d4rah.

“Tidak lama kemudian penduduk terserempak sekali lagi har!mau itu. Har!mau itu cuba menerk4m namun sempat dibal!ng dengan Iembing hingga mengenai matanya,” katanya.

Menurutnya, tidak lama kemudian pasukan Perhilitan tiba dan mengarahkan semua penduduk berkurvng sementara di dalam rumah.

“Apa yang saya tahu mereka cuba menjejaki har!mau belang itu. Har!mau belang seberat lebih 100 kilogram itu berjaya ditemui mereka tengah hari tadi di hutan berhampiran.

“Namun pihak PerhiIitan terp4ksa melepaskan temb4kan selepas har!mau itu cuba menyer4ng mereka. Har!mau itu berjaya dibunvh dan dibawa keluar dari hutan.

“Dalam masa sama m4yat Anek (m4ngsa)berjaya ditemui di dalam hutan. Dia dipercayai diseret har!mau itu,” katanya.

Menurutnya, penduduk kampung berterima kasih terhadap tlndakan pantas PerhiIitan yang berjaya menjejaki har!mau belang itu.

Terdahulu,dalam kejadian 6 Julai lalu, seorang lelaki, Adin Andok, 45, p4rah di kepala, perut, mata kiri, bahu dan lengan kiri akibat diser4ng har!mau di kebunnya di Kampung Badak, Pos Bihai.

M4ngsa bagaimanapun sempat diseIamatkan anaknya yang menyedari kejadian itu.

Anek Along disahkan dibaham pak belang

Polis mengesahkan Orang Asli yang maut dibaham harimau dalam kejadian di Kampung Sau, Pos Bihai, di sini, dikenali sebagai Anek Along, 59.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) pada 1.30 tengah hari.

Menurutnya, sebelum kejadian, mangsa dilaporkan sedang menumbuk padi huma bersama anak perempuannya di belakang rumah mereka kira-kira jam 9.10 pagi.

“Bagaimanapun, ketika sedang menumbuk padi huma, anak perempuan mangsa mendapati ayahnya sudah tiada dan dia cuba memanggil bapanya itu sebanyak beberapa kali sebelum mencari di belakang rumah.

“Anak mangsa kemudian menemukan kesan darah pada daun-daun pokok dan segera memanggil orang kampung untuk mencari bapanya,” katanya menerusi kenyataan, di sini, hari ini.

Sik berkata, berdasarkan kesan darah itu, penduduk kampung berjumpa dengan harimau terbabit sebelum membaling lembing ke arah haiwan berkenaan.

“Harimau berkenaan lari dan orang kampung bergegas melaporkan perkara itu kepada pihak Perhilitan yang berada di Sekolah Kebangsaan (SK) Bihai.

“Pihak kami tiba di tempat kejadian pada 5.40 petang dan mayat mangsa dibawa keluar menggunakan kenderaan pasukan untuk dihantar ke Hospital Gua Musang,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Kelantan Mohamad Hafid Rohani berkata, seramai 12 kakitangannya yang sedang berada di Kampung Tendrik, Pos Bihai bergegas ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan kejadian itu.

“Semua penduduk diarahkan berada di dalam rumah masing-masing demi keselamatan mereka. Pada 12.15 tengah hari, kakitangan kami terserempak dengan harimau belang yang berada berhampiran dengan mangsa dan terpaksa melepaskan tembakan kerana harimau belang itu meluru ke arah mereka,” katanya.

Katanya, hasil pemeriksaan luaran ke atas harimau belang jantan yang dianggarkan berusia tiga tahun dengan berat 120 kilogram (kg) itu tidak mempunyai sebarang kesan jerat dan hanya mengalami luka di bahagian muka dipercayai akibat luka terkena lembing penduduk kampung ketika terserempak dengan haiwan itu.

“Bangkai harimau belang itu dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Katanya, pihaknya sedang menjalankan pemantauan dan kawalan di kawasan perkampungan Orang Asli Pos Bihai berikutan terdapat tiga ekor harimau belang yang berkeliaran di kawasan berkenaan sejak 10 Disember tahun lalu.

“Pihak kami, sudah memasang tiga perangkap harimau belang (Perangkap Wahab) iaitu dua di Kampung Tendrik dan satu di Kampung Hak, Pos Bihai,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber : HM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*