Ramai Harap Sharnaz Kembali Dgn Shila Amzah. Sekali Tindakan Sharnaz Buat Ramai Terdiam

Gara-gara memberi kata semangat kepada Shila Amzah yang sedang diambang perpisahan ], rata-rata wargamaya mula mendoakan agar pelakon Sharnaaz Ahmad dan penyanyi tersebut kembali bersama.

Ketika dihubungi, Sharnaaz menyifatkan doa itu tidak sesuai untuk situasi sekarang memandang Shila masih bergelar seorang isteri.

Mohon Hormati Keluarga – ‘Dia Belum Pisah Lagi, Masih Pegang Status Isteri’

Kata pelakon berumur 37 tahun ini, peminat juga perlu menghormati Shila dan ahli keluarganya. Doa itu bagus. Tapi rasanya tak sesuai buat masa sekarang untuk mendoakan yang agak mendesak. Sebab Shila masih memegang status isteri.

Shila belum pisah lagi. Jadi, kena la hormati keluarga Shila dan dia juga. Dulu pun kami pernah bertelagah tapi benda dah lama. Masing-masing dah tua pun.

Tambah pemilik nama Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, dia memohon agar semua pihak memberi ruang kepada Shila untuk dia mengharungi dugaan yang menimpa. Saya punya ‘turn’ dah lepas.

Sekarang bagi Shila ruang untuk dia hadapi dugaan ini. Percayalah, setiap dugaan yang Allah bagi, insya-Allah ada ganjaran yang lagi besar selepas ini. Jadi nak taknak, kena hadap.

Strong is only option. I’m build with tank dan saya yakin Shila is build like a tank too. Dalam pada itu, pelakon drama I Promise Janji Anaqi percaya Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah seorang wanita yang kuat.

Tegasnya, apa yang perlu diutamakan sekarang adalah anak, bab rezeki usah risau kerana dia akan datang di kemudian hari.

Dia kuat, insya-Allah dia akan okey. Jangan pedulikan orang luar. Apa yang penting sekarang adalah anak. Yang lain boleh usaha sendiri dengan tulang empat kerat.

Terdahulu, Shila mengejutkan ramai orang apabila mendedahkan dia sudah memfailkan perpisahan dengan suami, Haris Idraki Elias.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Shila berkata sudah dua bulan dia keluar daripada rumahnya di Cyberjaya dan kini menetap di rumah orang tuanya di Hulu Langat.

Shila berkahwin dengan Haris pada 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais, 1, tahun.

Sumber: Instagram @sharnaazahmad

Shukri Yahya Kongsikan Video Sweet Dengan Isteri. Sekali Selamba Je Sharnaaz Ahmad Boleh Komen Macam Ni Pulak.

Rasanya persahabatan antara dua rakan selebriti ini iaitu Sharnaaz Ahmad dan Shukri Yahaya tidak perlu dipertikaikan lagi apabila kedua-duanya juga sering dilihat peminat meluangkan masa bersama.

Malah sebelum ini juga, gelagat Sharnaaz Ahmad apabila bergurau dengan pelakon terkenal drama 7 Hari Mencintaiku itu mendapat perhatian ramai kerana tidak disangka-sangka selebriti yang sempoi dan kelakar.

Terbaharu pula, nampaknya video yang dimuat naik oleh Shukri Yahaya yang memapar gelagat sweet dia bersama isteri, Tya Adnan turut jadi tumpuan rakannya itu di Instagram.

Tinggalkan komen buat Shukri Yahaya lalu berbalas pula di perkongsian tersebut mengundang gelagat sempoi mereka mencuit hati buat warganet yang meminati kedua-dua pelakon bukan calang-calang itu.


Adik Baru..

Selain menghiburkan buat peminat melihat gelagat Shukri Yahaya dan Sharnaaz di Instagram, ternyata balasan komen antara mereka juga mendapat perhatian dengan seloroh peminat pula

terhadap kedua-dua pelakon tersebut diruangan komen.

Dalam pada itu, peminat juga memberitahu antara sebab meminati pelakon Shukri Yahaya kerana layanan terhadap isterinya, lihat sahajalah video yang dimuat naik itu. Sweet sungguh!

Sumber: erakini.bbn

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*