Gembira Kira Duit Kutipan, Budak Rohingya Viral Sakan Gelak Ketawa Di Tepi Jalan

Sejak kebelakangan ini, kisah kanak-kanak warga Rohingya yang merupakan peminta sedekah berkelakuan kurang ajar ketika meminta duit tular di media sosial.

Wajah kanak-kanak yang digelar ‘Long Tiger Junior’ itu berlegar-legar di media sosial apabila ramai yang berjumpa dan melihat sendiri kerenahnya yang agak biadap susulan bengang dirakam ketika meminta duit di khalayak ramai.

Gembira kira duit

Selepas beberapa video kanak-kanak tersebut meminta duit  menjadi perbualan ramai, muncul satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @arshad.khan90074 yang menunjukkan mereka sedang bahagia duduk di pinggir jalan dengan mengira duit hasil daripada pemberian orang ramai.

Kanak-kanak tersebut dilihat duduk bersama seorang lagi kanak-kanak perempuan sambil bergurau tanpa mengedahkan orang yang lalu lalang situ.

Harap pihak kebajikan yang ambil tindakan

Sehubungan dengan perkongsian tersebut ramai yang meninggalkan reaksi terhadap kanak-kanak Rohingya ini di ruangan komen.

Ada diantara mereka menzahirkan rasa simpati melihat keadaan mereka yang dididik menjadi peminta sedekah sejak kecil lagi. Namun, ada juga yang meminta pihak berkuasa mengambil tindakan kepada mereka serta mengakui geram melihat gelagat mereka yang agak biadap dalam meminta duit kepada orang awam.

Cuba tanya pendapatan mereka hari2 berapa?

Masa kecil dah macam ni, besar takut habis di monopoli

Duit syiling tak mahu diorang ni

Nanti dah tak ada duit mula la kacau orang lagi

Sumber: OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*