Tak Tahu Salah Dimana, Baby Shima Terima Mesej Tak Senonoh Di IG, Tapi Dia Pula Yg Disalahkan

Penyanyi Baby Shima, muat naik tangkap layar mesej gangguan tak senonoh yang di hantar oleh seorang individu yang tidak bertanggungjawab di Instagram nya. Individu berkenaan dengan nama akaun @hrhcrownprinceofalnaz itu menghantar mesej peribadi di Instagram Baby Shima dengan menyatakan hasratnya mahu meniduri penyanyi tersebut.

Berikutan itu, Baby Shima berharap orang ramai dapat membantunya menangani lelaki berkenaan, sambil menyelit sekali foto dan tangkap layar akaun Instagram milik individu tersebut. “Spiderman ada.. Superman ada.. Yang ni superhero terbaru, sngpman. Cuba tolong settlekan sngp @hrhcrownprinceofalnaz ..Kesian teruk dia ni” tulis Baby Shima

Selain menghantar mesej sedemikian, melihat nama akaun pemilik Instagram yang seakan nama akaun kerabat diraja Johor ini boleh membuatkan orang ramai salah sangka dan keliru. Bukan itu saja, maklumat di biodata milik individu tersebut juga agak kontrversl.

Warganet Risau Dengan Nama Instagram Individu

Melihat perkongsian penyanyi tersebut, ada yang memberi komen dengan mengkritik perbuatan lelaki berkenaan dan ada juga yang memberi komen mengenai nama akaun media sosial individu tersebut.

“Laa ghisoo siaa nama IG  dia” “Len macam dia punya nama” “Aiyoo tervknya perangai” “Kau dah wajib kahwin dah ni hanat @hrhcrownprinceofalnaz” “Tak yah layan lah Shima, abai kan je” “Sngpman.. Macam-macam perangai manusia sekarang ni” komen mereka

Salahkan Penampilan Baby Shima

Ada juga warganet memberi komen dengan menyalahkan gaya pemakaian Baby Shima, yang mengundang individu seperti itu menghantar mesej sedemikian kepadanya.

“Kau tau sebab apa laki sngp dekat kau?? Sebab kau punya penampilan. Jadi jangan kau tanya kenapa ya. Jaga lah maruah tu. Nanti tak ada orang nak chat macam tu. Aku nasihat ja..” “Baju yang di pakai harus cukup kain.. InsyaAllah” “Laki ni tak salah siapa suruh seksa sangat”

“Jangan salah kan dia.. Cuba lah tengok cara pemakaian macam mana pula” “Tak pelik pun kau kena kacau Shima… Tengok lah pemakaian kau macam mana..” “Terlebih sngp ni kak report jer” komen mereka lagi.

Tertekan Sebab Dikritik Teruk Oleh Warganet. Sekali Ini Yang Terjadi Pada Baby Shima Sampai Doktor Terpaksa Bagi Ubat.

Sejak kebelakangan ini, nama Baby Shima menjadi panas di media sosial gara-gara terpalit dengan kontroversi. Paling terbaru tular gambar Shima sedang bermesra dengan seorang lelaki di sebuah pusat hiburan di ibu kota. Jelas penyanyi dngdut itu, ia sebenarnya adalah salah satu babak dalam penggambaran muzik video terbaharunya yang berjudul Lalai.

Tertekan dengan kutukan warganet yang tidak pernah habis, Shima mendedahkan dia terpaksa mendapatkan rawatan daripada pakar perubatan bagi menenangkan diri dari kekusutan. Ceritanya kepada OhBulan!, Shima berkata dia mengalami sakit kepala yang tidak pernah dirasai sebelum ini.

Saya terlampau stres sampai sakit kepala yang tak pernah saya rasa sebelum ini. Saya pergi jumpa doktor dan diberi ubat penenang. Ubat tu bukan semua orang boleh dapat. Doktor pun suruh saya relaks, tenangkan fikiran sebab boleh mengundang bahaya.

Sumber: Sumber : muraimy

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*