“Excuse Me..Aliff Tu, Korang Nak Mcm Mana Sbnrnya”- Bella Tak Puas Hati, Suami Ditduh Anak Emas Astro

DITUDUH sebagai peserta Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) kegemaran Astro kerana sering mendapat lagu yang mudah, penyanyi Aliff Aziz menegaskan dia tidak mempunyai hak dalam pemilihan lagu.

Malah, Aliff atau nama sebenarnya Muhammad Aliff Aziz menjelaskan semua peserta hanya menjalankan tugasan seperti yang diberikan pihak produksi.

Sama seperti peserta lain, penyanyi berusia 30 tahun ini juga pernah diberikan lagu di luar keselesaannya.

“Pada yang terlalu tak suka Aliff tu, korang (anda) nak macam mana sebenarnya?”

Itu ciapan daripada pelakon juga isteri kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Bella Astillah terhadap segelintir pihak yang tidak menyukai suaminya yang terbabit pada program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8).

Menerusi ciapan sama, Bella berkata netizen juga mengatakan suaminya adalah peserta kegemaran Astro kerana sering mendapat lagu yang mudah.

“Selalu cakap Aliff ni kegemaran Astro? Sebab tu dapat lagu senang? Heyy ‘come on’, sepatutnya kita yang rasa risau sebab ada beberapa peserta dapat lagu menarik. Kalau Aliff ni kegemaran, patutnya Aliff dapat lagu hebat kan?” tulisnya.

Dalam ciapan berbeza, seorang pengguna akaun Twitter menyifatkan persembahan Aliff kosong.

“Yes suara Aliff Aziz memang sedap. Masa awal persembahan memang suka dengar. Tapi persembahan dia kosong. Bak kata Tok Ram (Datuk Ramli MS) where is the dynamic?” komen pengguna akaun Twitter.

Komen itu dibalas Bella yang meminta supaya tidak hanya pandai mengutuk saja.

“Excuse me?! Awak tengok tak persembahan tu? Aliff menari. Awak fikir senang ke nak menari sambil menyanyi? Perempuan ni biasanya menari tiada masalah. Tapi macam Aliff dia jangan kata menari tapi TikTok pun tak jadi sebab dia tak reti. Jadi tolong! Jangan tahu nak ‘condemn’ saja. Cuba awak nyanyi lagu Afgan tu,” tulisnya.

Pada konsert minggu ketujuh GV 8 semalam, Aliff menyanyikan lagu Pesan Cinta nyanyian asal Afgan dengan berada di kedudukan kedua selepas mendapat markah keseluruhan 71.90 peratus.

Status yang dimuat naik Bella.

Berikut pula reaksi dari netizan

“Serius memang dapat lagu makanan dia setiap minggu. Sorry tak best  tapi still dapat no 2 . Serius masa nyanyi lagu Slam memang out tapi masa tu markah dia lagi tinggi dari azan scan padahal waktu itu azan scan lagi best persembahan vocal dia. Nak tahu jugak siapa yang bagi markah dia ni . Sorry  itu pendapat saya.” komen seroang netizan

sumber: mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*