“Tewas Mem4lukan Dgn Indonesia”- Akhirnya FAM Setuju Cheng Hoe Letak Jwatan Jurulatih Bola Sepak

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan Tan Cheng Hoe tidak lagi bergelar ketua jurulatih skuad Harimau Malaya apabila melepaskan jawatannya berkuat-kuasa serta merta hari ini.

Setiausaha Agung FAM, Mohd. Saifuddin Abu Bakar berkata, keputusan itu dibuat selepas melakukan perbincangan susulan kegagalan Cheng Hoe membantu skuad kebangsaan mencapai sasaran yang ditetapkan pada kempen Piala AFF Suzuki di Singapura baru-baru ini.

“FAM hari ini ingin memaklumkan bahawa ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe telah membuat keputusan untuk melepaskan jawatannya.

“Selepas berbincang secara terbuka dari semua sudut, pihak pengurusan FAM akhirnya menghormati keputusan tersebut dan telah bersetuju untuk melepaskan Cheng Hoe menerusi persetujuan bersama kedua-dua pihak,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Terdahulu, skuad negara terpaksa akur tersingkir di peringkat Kumpulan B selepas menamatkan saingan di tempat ketiga selain tewas memalukan kepada Vietnam dan Indonesia di pentas Piala AFF Suzuki bulan lalu.

Sebagai rekod, Cheng Hoe yang telah dilantik untuk menjadi ketua jurulatih bagi menggantikan Nelo Vingada pada 2018 berjaya membantu pasukan negara mara ke pentas final Piala AFF Suzuki 2018.

Difahamkan, antara calon yang dikatakan bakal menggantikan posisi Cheng Hoe adalah pengendali import yang juga ketua jurulatih Kuala Lumpur City, Bojan Hodak atau bekas pengendali Singapura dari Jepun, Tatsuma Yoshida.

FAM ambil tanggungjawab kegagalan Harimau Malaya

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bertanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan pasukan kebangsaan mara ke peringkat separuh akhir saingan Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura.

FAM dalam satu kenyataan hari ini berkata Presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin sudah mengarahkan pengurusan pasukan kebangsaan untuk mengemukakan laporan bedah siasat dan analisis lengkap berkenaan prestasi skuad Harimau Malaya.

Laporan mengenai prestasi pasukan kebangsaan sepanjang kempen di Singapura itu perlu dikemukakan kepada Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan dalam masa terdekat.

Pada aksi Piala Suzuki AFF 2020, skuad kendalian Tan Cheng Hoe berjaya mencatat kemenangan ke atas Laos dan Kemboja, namun tewas kepada Vietnam dan Indonesia yang sekali gus meranapkan impian mereka tempat ke separuh akhir.

Sementara itu, Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar dalam kenyataan sama berkata laporan bedah siasat itu akan diteliti oleh Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan sebelum dibentangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM kelak.

Sumber: Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*