“Geli Pula Tngok Janggut Suami Dia”- Ramai Tak Suka Janggut Suami Heliza, Rupanya Dah 17 Tahun Bela

Tiada angin tiada ribut, penyanyi dan aktivis kemanusiaan Heliza Helmi selamat bergelar isteri kepada seorang dan jutawan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman semalam.

Bagaimanapun, imej janggut Mahadi yang mencecah paras perut lebih mengundang perhatian warganet kerana jarang melihat seseorang berpenampilan seperti itu.

Selain dipuji mengamalkan dan membudayakan sunnah Nabi Muhammad SAW, ahli perniagaan berusia 39 tahun juga tidak terlepas daripada kata-kata ‘jahat’ warganet yang mengutuk imej tersebut.

Menerusi ciapan di laman Twitter, beberapa indivu dipercayai kurang gemar bagi melihat imej ahli perniagaan itu selain dituduh tidak secocok dengan Heliza atau mesra dipanggil Kak Ja.

Sementara itu, menerusi satu video di akaun TikTok @produk.muslim.bmf, difahamkan ahli perniagaan dari Pulau Pinang itu sudah 17 tahun menyimpan janggutnya sejak berusia 22 tahun.

Meninjau ke ruangan komen, terdapat segelintir membidas semula kutukan tersebut. Namun tidak kurang ada juga yang berterusan mempersoalkan imej Mahadi.

Tak sia2 kahwin lambat

Tak payah la simpan panjang macam tu!

Janggut dia, orang lain rimas kenapa?

Kutuk2 pun dapat dosa…

Kot ye pun potong la dulu

Terdahulu, pasangan itu bernikah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya dimana Heliza menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin dan senaskhah al-Quran.

Sumber: OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*