“Tak payahlah nampak n4zak sangat”- Bonda Rozita tampil dedahkan sesuatu tentang Aliff Syukri

Terlihat lemah di atas kerusi roda, anak kepada Bonda Rozita iaitu DS Aliff Syukri pada semalam sempat memuat naik sebuah posting sedih mengumumkan dirinya kini dijangkiti Covid-19 tahap 3.

Pendedahan itu membuatkan ramai pengikutnya di Instagram berasa sebak apalagi setelah usahawan terbabit membuat permintaan maaf dikhuatiri tidak dapat bertahan lagi. Gambaran yang diberikan menunjukkan seakan-akan dirinya benar-benar dalam keadaan teruk.

Akan tetapi, posting terbaru daripada Bonda Rozita sebentar tadi nampaknya cukup mencetuskan tanda tanya diselangi rasa terhibur. Wanita yang bakal menjangkau usia 60-an ini lantang menegur sikap Datuk Seri Aliff yang seperti keterlaluan memberitahu tentang jangkitan terbabit walhal sudah beransur sembuh.

Menggelarkan anaknya dengan panggilan ‘Raja Viral, dia difahamkan sudah menasihatinya sebelum ini namun tidak diendahkan.  Marketing ataupun tidak, apa yang pasti Bonda jelas kurang senang dengan semua itu.

Menurut Rozita dalam satu hantaran Instagram, dia mempertikaikan tindakan Aliff yang terlalu menjaja tentang keadaan kesihatan dirinya bagi meraih simpati ramai.

“Kau memang raja viral dan tak ada kerja di sana. Wasiatkan semua harta kau kepada Datin Shahida dan anak-anak, beri sedikit kepada mak juga.

“Kau janganlah nak poyo sangat, tangan gatal menaip bagai nak rak. Hadis dan doa mana entah yang kau muat naik,” katanya.

Tambah pengasas jenama Sendayu Tinggi itu, disebabkan tindakan Aliff, dia dan beberapa ahli keluarga lain menjadi mangsa kritikan warganet.

“Sekarang yang jadi mangsa kritikan warganet ialah mak, Shahida dan ahli keluarga lain. Kau jangan cari pasal, mak serang kau di sana nanti.

“Sejak balik (dari Turki) memang kau dah sakit dan sekarang sudah sihat. Duduk di hospital seorang diri jangan beri orang lain risau dan jika sudah sembuh pun tak perlu nampak nazak.

“Mak menangis suruh kau periksa kesihatan sebelum ini tetapi kau tak mahu dengar. Kau seorang saja yang sakit, sudah sembuh tetapi janganlah kongsi seperti sedang nazak sangat,” ujarnya.

Dalam pada itu, dia juga memberitahu telah memberi amaran kepada Aliff tetapi tidak dibalas sehingga hari ini.

“Mak ‘sound’ Shahida tetapi kau tak balas mesej dan jawab panggilan mak. Ini mak tegur terus, biar kau rasa. Nak sangat viral kan? Mak pula yang kecam kau.

“Muat naik hantaran minta maaf dengan warganet tetapi dengan mak sendiri tidak. Sebelum neyizen, lebih baik mohon ampun dengan mak dulu,” ujarnya lagi.

Semalam, Kosmo! Online melaporkan Aliff mengesahkan dirinya dijangkiti Covid-19 tahap tiga yang  menyerang bahagian paru-parunya.

Lebih menyentuh jiwa ramai, akibat risau pendek umur, pelakon filem Badang itu turut memohon maaf sekiranya pernah menyakiti hati mana-mana warganet atau individu sebelum ini.

Tidak ketinggalan,Datin Nur Shahida juga sempat menjawab persoalan ramai tentang bagaimana suaminya boleh dijangkiti virus berkenaan. Tidak tahu dari manakah punca asal, namun semua PCR yang dibuat sebelum pulang bercuti dari Turki menunjukkan keputusan positif sebelum DS Aliff  mengalami demam 3 hari kemudian.

Untuk rekod, sekitar Mac lalu, Rozita pernah menyelar mutu vokal dan muzik video untuk lagu berjudul Asal Bahagia dan menegur anaknya kerana suka membuat gimik murahan.- K! ONLINE

Kredit : Instagram Aliff Syukri, Bonda Rozita Ibrahim & Datin Shahidaherbs dan erakini.bbn

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*