“Saya Reda Dgn Takdir Allah..”- Paru-Paru Mungkin Ditebvk, Ebby Yus Mohon Doa Orang Ramai

Berdepan ujian apabila rumahnya di Hulu Langat musnah akibat musibah banjir baru-baru ini, pelakon dan pelawak Ebby Yus diduga lagi apabila dimasukkan ke hospital sejak empat hari lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Ebby memaklumkan dia dimasukkan ke hospital selepas banjir berlaku baru-baru ini. Bagaimanapun, pelakon berusia 56 tahun itu tidak mendedahkan di hospital mana dia ditahan.

“Saya dalam hospital, sudah empat hari masuk. Selepas banjir tempoh hari, saya masuk hospital,” katanya.

Ditanya mengenai punca dia ditahan, Ebby berkata dia juga masih menantikan maklumat daripada hospital. Ebby ketika dihubungi hanya membalas menggunakan mesej suara dan kedengaran suaranya agak lemah.

“Tak boleh nak cakap lagi sekarang ini sebab doktor masih tengok dan belum mendapat jawapan. Petang ini, saya akan jalani ujian imbasan X-Ray,” katanya.

Berdepan satu demi satu dugaan, pelakon dan pelawak Ebby Yus diduga lagi apabila dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sejak empat hari lalu disebabkan masalah paru-paru berair.

Bukan mahu simpati, Ebby berkata dia mengharapkan doa yang baik-baik daripada orang ramai. Ujarnya, ada kemungkinan paru-paru perlu ditebuk untuk keluarkan air.

“Keadaan sekarang okey. Doktor cuma cakap paru-paru saya ada air dan setakat ini, saya perlu ditahan di hospital untuk rawatan lanjut.

“Harap-harap keputusan imbasan nanti ‘bersih’. Kalau tidak, besar kemungkinan, paru-paru kena cucuk atau tebuk untuk keluarkan air bagi mengelakkan apa-apa jangkitan yang lebih teruk.

“Saya harapkan orang ramai mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan saya. Saya taknaklah orang cakap saya cerita ini sebab nak raih simpati tapi saya percaya dengan kuasa doa, insya-Allah semuanya akan baik-baik sahaja,” katanya.

Reda dengan setiap dugaan menimpa dirinya, Ebby berkata dia percaya apa yang berlaku ada hikmah dan Allah yang menentukan segalanya.

“Saya reda dengan takdir Allah. Tapi, saya reda bukan bermakna saya berpeluk tubuh. Saya percaya apa yang berlaku, ada hikmahnya.

“Kita merancang tetapi yang tentukan segala-galanya Allah SWT. Kalau Dia izinkan rasa sakit itu sembuh atau kepayahan hidup itu diangkat, dengan izin-Nya pasti ia akan berlaku,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*