‘Kesian melihat org tua’- Ajak Shiro tunai janji, cabut smart TV di rumah beri kepada mngsa banjir

Pelawak dan penyampai radio, Ajak, menunaikan janji apabila memberikan peti televisyen miliknya kepada sebuah keluarga yang juga mangsa banjir di Jelebu, Negeri Sembilan.

Ajak sebelum itu yang turun padang mengagihkan sumbangan daripada orang ramai di kawasan tersebut, sempat meluangkan masa bersama beberapa penduduk terjejas.

Salah seorang warga emas sempat memberitahu Ajak mengenai keadaan rumahnya yang ditenggelami air termasuk televisyen yang hilang kerana hanyut.

Bersimpati dengan nasib mereka, Ajak kemudiannya berjanji untuk membawa televisyen kepada mereka.

Tidak menghampakan warga emas tersebut, Ajak telah mencabut televisyen miliknya di rumah, demi menunaikan janji.

Dia kemudiannya kembali bersama isteri dan pasukannya ke rumah warga emas tersebut untuk menyerahkan televisyen kepada mereka.

Selain itu Ajak turut membawa beberapa barangan keperluan hasil sumbangan orang ramai untuk diagihkan kepada mangsa banjir yang terkesan.

Di ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan Ajak yang merupakan antara selebriti terawal turun padang membantu mangsa banjir di beberapa buah kawasan terjejas.

Komen netizen:


Sumber: gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*