Tular video Ambulan beri laluan pada VVIP, Akhirnya Polis Jelaskan Sebabnya, Rupanya ada lagi penting

HULU LANGAT – Polis pada Isnin menjelaskan isu tular berkaitan sebuah ambulans serta kenderaan pacuan empat roda milik Persatuan Bulan Sabit Merah berhenti di persimpangan jalan bagi memberi laluan kepada konvoi yang diiringi polis trafik pada Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Superintendan Azman Shariat berkata, kejadian kira-kira jam 11.30 pagi pada 26 Disember membabitkan rombongan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri diiringi polis trafik dalam perjalanan menuju ke Masjid Al-Mustaqqim, Batu 16 Hulu Langat selepas melihat kerja-kerja pembersihan membantu mangsa banjir di Taman Sri Nanding, Hulu Langat.

Menurut beliau, semua pegawai dan anggota JSPT sentiasa diarahkan memberi keutamaan kepada kenderaan kecemasan tetapi ketika itu anggota bertugas di persimpangan berkenaan telah membuat penilaian awal sebelum memberhentikan kedua-dua kenderaan tersebut untuk tempoh masa yang singkat.

“Ini kerana jarak pendahulu konvoi (lead vehicle) tiba hampir ke persimpangan berkenaan, tindakan mengatasi trafik tersebut telah diambil oleh anggota trafik berkenaan selaras dengan peruntukan di bawah Kaedah Lalu Lintas No. 9 LN 166/1959 dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau memberitahu, dalam keadaan yang ditunjukkan dalam video tersebut, sekiranya anggota trafik di persimpangan memberi keutamaan jalan kepada pacuan empat roda dan ambulan milik Persatuan Bulan Sabit Merah yang hendak keluar dari simpang ke jalan utama, ia tindakan yang akan mewujudkan risiko kemalangan serta membahayakan pengguna jalan raya.

“Oleh itu, konvoi yang berada di jalan utama telah diberikan keutamaan laluan bagi mengelak kemalangan selain mengambil kira penilaian awal yang sudah dilaksanakan oleh anggota trafik berkenaan.

perkara lagi penting adalah konvoi yang berada di jalan utama telah diberikan keutamaan laluan bagi mengelak kemalangan

“Sebaik sahaja konvoi melepasi persimpangan tersebut pada tempoh yang singkat, anggota trafik telah mengambil langkah segera bagi memberi keutamaan jalan kepada ambulan dan kenderaan pacuan empat roda berkenaan setelah mendapati tiada risiko kemalangan berlaku,” katanya.

Menurutnya, PDRM sentiasa memberi keutamaan kepada kepentingan awam terutama melibatkan keselamatan pengguna jalan raya dan kenderaan kecemasan terutama ambulan dan bomba.

Terdahulu,

Ambulans terpaksa berhenti kerana beri laluan VIP, ramai luah rasa kecewa

Ambulans terpaksa berhenti kerana beri laluan VIP, ramai luah rasa kecewa.Pengguna laman sosial di Twitter hari ini berang selepas sebuah video yang dikongsikan @syzwnrose menyaksikan sebuah ambulans perlu berhenti bagi memberikan laluan kepada kenderaan yang dipercayai orang kenamaan (VIP).

Menjengah ke ruangan komen, warganet yang menggunakan nama @HusbandNakal berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana pesakit di dalam ambulans itu sudah tentu memerlukan rawatan dengan kadar segera.

“Orang dalam ambulans ‘nenong’ siren minta nyawa, agak-agaklah. Bagilah ambulans jalan dulu selepas itu hentikan semula trafik, tak gitu.
“Kalau tak nak menyusahkan rakyat, naiklah helikopter, puak-puak menyusahkan semua orang. Inilah punca lagi rakyat marah dan tak mau derma tabung kerajaan,” ujarnya.

Seorang lagi warganet yang menggunakan nama @kecaman turut menyifatkan kejadian tersebut sebagai satu perkara yang melampau apabila ambulans yang perlu memberi laluan kepada VIP.

“Ini melampaulah kalau macam ini.. ambulans pula kena tunggu kau (VIP) punya konvoi. Tak apa, sebab bukan keturunan kau kan yang ditimpa musibah.

“Allah Maha Adil.. sekarang masih masih bernyawa bole lah tunjuk kuasa.. alam barzah kita lain nasib di sana.. Semoga berjaya,” katanya.

“Ambulan kalau kosong..tak ada bagi lampu dan siren ‘nenong’, ambulans atas itu siap pasang lampu besar..siap bagi hon..abam (abang) polis buat tak tahu saja..sudah habis konvoi baru bagi jalan..Oh Malaysiaku,” ujar @HusbandNakal.

Nyawa boleh tunggu, VIP jalan dulu. Ambulans yang membuka siren kecemasan ditahan, terpaksa beri laluan kepada konvoi YB Bera. Lokasi: Hulu Langat, Selangor.”

Jika difikirkan, apabila ambulans lalu dengan siren berbunyi, memang jadi kewajipan kita berikan laluan. Apatah lagi, jika ambulans tersebut kemungkinan sedang membawa pesakit kritikal untuk rawatan segera.

Namun, meletakkan 100 peratus kesalahan kepada konvoi Perdana Menteri pun semacam tidak adil kerana beliau cuma individu yang terlibat program dirancang, dan bukan pihak yang menguruskan konvoi. Apapun, mungkin ada penjelasan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung isu tular tersebut.

Sumber Sinar/Rakyat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*