‘Mungkin you pergi siang kot..’ Pihak Tentera jwab tudvhan Harits, Tapi Ini pula respon Harith Iskander

Selepas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersuara mengenai dakwaan tidak membantu mangsa banjir, pelawak dan pengacara Harith Iskander tampil memberi penjelasan.

Terbaru, menerusi ciapan di Twitter, Harith membuat permohonan maaf secara terbuka dengan tindakannya yang telah menyinggung perasaan segelintir pihak.

Bercerita situasi sebenar, Harith, 55, menyatakan ketika kejadian dia menggunakan bot sendiri bagi menyelamatkan 12 orang mangsa banjir yang terperangkap.

Minta maaf kalau tweet menyinggung perasaan. Untuk penjelasan ini waktu saya berada di ‘ground zero’ dengan bot sendiri sempat menyelamat 12 orang yang terperangkap.

Dalam pada itu, kata pemilik nama Harith Iskander Musa, pelbagai agensi telah turun padang namun dia tercari-cari keberadaan ATM memandangkan di saat itu mereka kekurangan tenaga kerja.

Bomba, Polis, NADMA ada. Dengan ikhlas saya tanya pasal ATM sebab pada waktu itu kekurangan anggota dan kenderaan.

Terdahulu, Harith mendakwa tidak melihat anggota ATM sepanjang empat hari dia berada di kawasan terjejas banjir iaitu di Shah Alam, Banting dan Hulu Langat.

Shahrol Shiro melahirkan rasa tersinggung dengan kenyataan Harith Iskander

Pelakon dan pelawak, Shahrol Shiro melahirkan rasa tersinggung dengan kenyataan Harith Iskander mempersoalkan peranan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam membantu mangsa banjir.

Menurutnya, beliau sebagai anak kepada bekas tentera tersinggung dengan kenyataan Harith Iskander tidak nampak pasukan ATM turun membantu mangsa banjir.

“Berilah sedikit hormat buat petugas-petugas, anggota-anggota serta semua yang hadir memberi bantuan, bukan mencari siapa yang salah.

“Jika anda kata tidak nampak ATM turun membantu, saya sertakan gambar mereka yang turut serta dalam menyelamatkan mangsa banjir.

“Terima kasih buat petugas-petugas yang bertungkus lumus siang dan malam membantu. Semoga Allah S W.T merahmati kalian,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Harith dalam satu hantaran di Twitter mendakwa sepanjang empat hari beliau di kawasan terjejas banjir di Shah Alam, Banting dan Hulu Langat tidak melihat angkatan tentera.

Justeru, beliau mempersoalkan adakah tentera akan hanya turun padang apabila bencana yang sedang melanda negara diisytihar sebagai darurat.

Harith seterusnya menulis, kenderaan amfibia tentera adalah sangat berguna dalam menyelamatkan nyawa di Taman Sri Muda.

Terdahulu, Shahrol berkata, semua pihak termasuk anggota tentera dan badan bukan kerajaan (NGO) melaksanakan peranan masing-masing walaupun dalam keadaan tekanan.

“Situasi ini bukan masanya kita mencari salah mana-mana pihak. Mana-mana pihak yang sampai awal hulurkanlah bantuan apa yang termampu agar beban yang ditanggung mangsa dapat diringankan,” katanya.

Sumber: Khabarmedia.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*