Bawa Kekasih Datang Jumpa Ibu, Lelaki Rakam Gelagat Awek ‘Nervous’ Masuk Dapur

Bagi golongan wanita yang bakal mendirikan rumah tangga, memang gementar sekiranya teman lelaki mengajak untuk bertemu dengan orang tuanya. Kalau boleh, pelbagai persediaan mahu dilakukan.

Situasi tersebut terjadi kepada seorang gadis ini apabila dilihat agak malu dan gementar ketika mahu membantu ibu teman lelakinya yang sedang sibuk memasak di dapur.

Menerusi aplikasi TikTok, teman lelakinya @de_danial memuat naik satu video memaparkan gadis dikenali sebagai Noor Izzati itu cuba menenangkan dirinya sebelum masuk ke bahagian dapur.

“Perempuan memang nervous eh nak masuk dapur?” – @de_danial

Rakaman berdurasi 12 saat itu memaparkan Noor Izzati menjenguk-jenguk ke arah dapur sebelum mendapat ‘keyakinan’ untuk membantu ibu teman lelakinya menyiapkan sebarang keperluan.

Video tersebut meraih satu juta tontonan dan dipenuhi lebih 1,000 komen dalam kalangan warganet yang memberikan pelbagai reaksi terhadap situasi berkenaan.

Rata-rata warganet mengakui mereka juga akan mengalami perasaan gementar jika berdepan situasi sama apatah lagi akan bakal ibu mentua sudah tentu akan menilai daripada pelbagai sudut.

Mana tidaknya, cara didikan setiap ibu bapa adalah berbeza-beza. Jadi seseorang itu mesti bimbang sekiranya ada yang ‘tidak kena’ dengan penerimaan bakal ibu mentua.

“Bangga dengan dia” – @de_danial

Pandai masak pun tetap takut kena ‘judge’

Takut tak kena cara je

Bukan takut, tak tau mula dari mana…

Kadang2 nak salam pun ‘nervous’, macam mana?

Memang macam-macam ragam nak jumpa bakal mentua ni, padahal mereka okey saja. Yang penting ada persefahaman, pandai ambil hati dan saling hormat-menghormati kan!

Sumber: TikTok @de_danial

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*