Pihak Pengurusan Cadang Ambil Remaja Cvri Tabung Kerja Di Masjid Itu. Ini Jawatan Yang Ditawarkan

SELAYANG: Seorang remaja lelaki yang videonya tular gara-gara dimandikan seperti `jenazah’ oleh pengurusan sebuah masjid, dipenjara 10 hari dan didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana cuba mencuri tabung masjid berkenaan.

Majistret Nik Mohd. Fadli Nik Azlan menjatuhkan hukuman itu terhadap Daniel Iskandar, 19, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Sebelum hukuman dijatuhkan, mahkamah turut menegur perbuatannya dan menasihati remaja tersebut supaya insaf dan menjadikannya sebagai pengajaran.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara 10 hari itu bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada Ahad lalu.

Sekiranya tertuduh gagal membayar jumlah denda tersebut dia boleh dipenjara selama lima bulan.

Mengikut pertuduhan, Daniel didakwa cuba melakukan curi tabung kepunyaan Masjid Al Islahiah dengan mengheret dan menyorokkan tabung itu di dalam bilik mandi jenazah.

Kesalahan itu dilakukan Masjid Al Islahiah di Kilometer 28 Kuang, Rawang di sini pukul 11.58 malam pada 8 Januari lalu.

susulan dengan ini, pihak pengurusan masjid ingin manawarkan remaja tersebut untuk berkerje ni masjid.

Pihak pengurusan Masjid Al Ishaniah di Kuang telah bercadang mahu melantik remaja yang cuba mencuri tabung masjid tempoh hari sebagai petugas pembersihan masjid tersebut.

Cadang lantik jadi petugas masjid, Hal ini dinyatakan sendiri nazir masjid berkenaan, Supandi Samin menerusi laporan dari Kosmo! kerana mahu membantu remaja berkenaan untuk memperbaiki kehidupan di masa hadapan.

“Kita (pengurusan masjid) fikir hendak jadikan dia petugas masjid. Kita ada dewan mengaji di sini dan suruh dia jaga.
“Bagaimanapun kita dimaklumkan ada pihak mahu membantunya menyambung pelajaran. Jadi kita lihat dulu bagaimana keadaan seterusnya,” katanya

AADK sedia nak bantu

Tak hanya itu, pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan juga memaklumkan sedia membantu Daniel Iskandar M. Nasir 19 untuk bebas daripada ketagihan bahan terlarang.

Menurut Ketua Pengarah AADK, Sutekno Ahmad Belon, pihak mereka sedia membantu Daniel serta mana-mana pihak yang terjebak dengan penagihan dadah atau substan untuk pulih dari masalah tersebut.

“Kita terpanggil untuk membantu remaja tersebut selepas kejadian dia dimandikan tular dan siasatan polis mendapati remaja berusia 19 tahun itu bertindak mencuri duit tabung masjid disyaki untuk membeli dadah dan bermain judi dalam talian.

“Pada masa sama, ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati remaja terbabit positif dadah jenis syabu,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, remaja berkenaan boleh mengikuti perkhidmatan rawatan dan pemulihan yang disediakan pihak AADK menerusi fasiliti sama ada melalui Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen), perkhidmatan di daerah, Pusat Khidmat AADK dan Rumah Komuniti AADK.

“Ini termasuklah, perkhidmatan rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan Dadah Persendirian (PPDP) yang berdaftar dengan AADK.

“Selain itu, AADK turut menyediakan perkhidmatan secara sukarela menerusi Puspen atau program pemulihan dalam komuniti yang tidak memerlukan klien berada di dalam Puspen,” jelas Sutekno.

Terdahulu, tular di media sosial berkenaan seorang remaja berusia 19 tahun yang dimandikan seperti jenazah kerana cuba mencuri tabung masjid.

Tertuduh telah pun ditangkap dan dijatuhkan hukuman penjara 10 hari serta denda RM4,000. Walau bagaimanapun, alasannya mencuri tabung masjid untuk membeli ubat datuknya telah dinafikan warga emas itu kerana dia sendiri yang meminta AJK masjid untuk melaporkan cucunya kepada polis.

Tak hanya itu, pihak berkuasa telah melakukan ujian air kencing dan mendapati remaja tersebut positif dadah jenis syabu.

Sumber: Kosmo! (Nor Azihan binti Md Ghazali), Zulkifli Manzor

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber: liveconnection24

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*