Vida Tak Tolak Kalau Dikahwinkan Dengan Shuib – “Dia Ada Ciri Lelaki Idaman Saya..”

Jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida tidak menolak sekiranya ditakdirkan bercinta dengan pelawak dan usahawan popular Shuib. 

Vida berkata, Shuib memenuhi ciri-ciri lelaki idaman yang dicari selama ini. 

“Shuib seorang lelaki yang baik dan penyayang. Saya lihat sendiri bagaimana dia melayan anak-anaknya dengan penuh kasih sayang. Sejujurnya saya tiada masalah untuk mengenalinya secara lebih dekat. Lagipun sebelum arwh Siti Sarah men1ngg4l dunia kami sudah menjadi rakan kongsi untuk produk makanan Unagi. 

“Malah, saya pun rapat dengan anak-anaknya. Saya selalu juga bersiaran langsung bersama anak-anak Shuib melalui Instagram ibu mentuanya. Seronok setiap kali berpeluang bersembang dengan mereka,”katanya. 

Menurut Vida, biarpun ada segelintir orang menganggap dirinya serasi dengan pelawak itu namun setiap perhubungan perlu melalui proses perkenalan dan restu. 

“Orang luar boleh berkata apa saja, tapi hati manusia tak boleh dipaksa-paksa. Tuan empunya badan yang akan membuat keputusan. 

“Kalau tanya saya sekarang saya tiada masalah untuk berkawan dengan Shuib,”katanya.

Sebelum ini, Vida juga sudah beberapa kali bertemu dengan anak-anak Shuib dan arwah Siti Sarah.

“Nana Tak Ikut Ke” – Bergambar Atas Pelamin, Ramai Sakat Shuib! Tapi Ada Yang Tegur Supaya ‘Kahwin Lagi’ Perlu Di…

Pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu menarik perhatian ramai apabila bergambar di atas pelamin dalam satu majlis perkahwinan, hari ini.

Menerusi posting di Instagram itu, Shuib dilihat hanya bergambar seorang diri tanpa ditemani sesiapa.

“Selamat pengantin baru,” tulisnya ringkas sebagai kapsyen.

Susulan daripada posting tersebut, ruangan komen terus ‘dibanjiri’ dengan usikan orang ramai mengenai siapakah yang bakal mengisi tempat kosong di sebelah Shuib kelak.

“Lepas ni giliran yang atas pelamin sorang-sorang tu pulak”.

“Hensem Shuib ni sebenarnya”.

“Makan nasi minyak jangan lupa jemput tau,” tulis beberapa netizen.

Namun, dalam pada banyak komen ditinggalkan, ada juga netizen yang cuba menyakat Shuib dengan memetik nama penyanyi Siti Nordiana atau disapa Nana.

“Nana tak ikut ke”.

Uish Siti Nordiana ke calonnya, jangan mengundang, tapi sis setuju”.

“Ada dengar kata Nana betul ke,”. tulis seorang netizen.

Biarpun kesemua usikan tersebut hanya sebagai gurauan, namun ada juga yang berharap komen-komen berkaitan siapakah pengganti arwah Siti Sarah Raisuddin perlu dihentikan.

“Saya harap komen ‘kahwin lagi’ perlu dihentikan demi menjaga hati anak-anak dan menghormati arwah.

“Shuib nampak begitu merindui arwah dalam post beliau. There is no light in his eyes anymore,” tulis seorang pengguna Instagram.

Terdahulu, nama Nana dikaitkan dengan suami kepada Allahyarham Siti Sarah Raisuddin selepas video dipercayai milik pereka fesyen menunjukkan Nana datang ke butiknya untuk menempah baju tersebar.

Malah, pemilik video itu sempat mengusik kononnya Nana datang ke butik menempah baju perkahwinan.

Sekadar info, Shuib mendirikan rumah tangga dengan arwah Siti Sarah pada 2011 dan dikurniakan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia lima bulan.

Nana pula pernah mendirikan rumah tangga pelakon Allahyarham Faizal Yusof pada April 2006, namun, bercerai pada September 2009 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohd Rayyan Nakhaie, 14.

Ibu kepada pelakon, pelawak dan penyanyi Shuib, Salamiah Jalani meletakkan beberapa syarat sekiranya ada wanita yang ingin berkahwin dengan anaknya yang juga suami kepada penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.

Dalam video yang dimuat naik di Instagram Siti Sarah, Salamiah berkata, wanita itu perlu pandai memasak memandangkan menantunya seorang yang rajin memasak.

“Kalau nak kahwin dengan daddy Shuib, pertama dia mesti kena pandai masak sebab daddy kuat makan. Macam ibu Sarah kena masak pukul 2 ke 3 pagi. Sanggup ke, siapa nak kahwin dengan daddy?” katanya.

Dalam video sama, Salamiah juga menjelaskan bahawa dia bukanlah ibu mentua yang meny.ulitkan keadaan.

“Kena hadap mama, tapi mama taklah t.eruk sangat nak hadap. Kena pandai masaklah sebab Shuib kan kuat makan. Nak jaga hati suami, kena jaga perut dia. Itu sajalah kot,” katanya.

Salamiah berkata demikian sebagai menjawab kepada hasrat cucunya yang juga anak kedua Shuib dan Siti Sarah, Dzahira Talita Zahra yang ingin melihat bapanya berkahwin.

“Amboi, suruh daddy kahwin? Nak mak tiri ke? B.erani ke?” soal Salamiah dalam nada bergurau dengan cucunya.

Mama Nak Jodohkan Shuib, Lihat Reaksi Talita

Semalam shuib yang juga seorang usahawan dan pelawak beritahu tidak kisah dengan pandangan netizen meng.ecam kerana sudah lali dengan situasi berkenaan.

“Bab kena k.ecam ini saya tidak kisah orang mahu cakap apa. Sebab yang rasa itu saya, selagi saya tidak kacau dan kata orang okeylah. Saya tidak boleh tutup mulut orang,” tutur Shuib.

Ditebak tentang tempoh lima bulan yang dikatakan masih terlalu awal untuk membicarakan soal jodoh, jelas Shuib dia tidak perlu mengambil kira pandangan orang lain selain ibu dan keluarganya sahaja

“Contoh saya katakan sudah lima bulan ini mahu cari jodoh, nanti orang kata dulu beria- ria sedih sangat sekarang seperti cepat sangat hendak mencari jodoh.

“Ada pihak lain pula kata betullah, kalau seorang diri hendak buat apa. Jika depresi siapa yang hendak tanggung?. Jadi, saya tidak perlu dengar kerana terlalu banyak pendapat orang.

Sumber: HMetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*