“Elak Kena Tibai Oleh Org Luar”- Teruk Dikec4m, AJK Masjid Jelaskan Sebab Mandikan Pemuda

Isu remaja yang ditahan dan dipenjarakan atas tuduhan cuba mencuri tabung masjid nampaknya sudah masuk episod seterusnya.

Kali ini, penjelasan daripada datuk serta Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Islahiah, Kuang pula membuatkan ramai pihak kembali memperdebatkan semula isu tersebut.

AJK masjid dedah 3 alasan kukuh

Menerusi laporan dari Malaysia Gazette, AJK Masjid, Mohamad Ayub Han Khalil  telah menjelaskan hal sebenar kronologi ketika remaja berusia 19 tahun itu ditangkap selepas cuba mencuri tabung masjid.

Menurut Ayub, jemaah masjid memandikan remaja berkenaan seperti jenazah disebabkan tiga alasan kukuh. Yang pertama adalah bertujuan untuk memberi ‘kesegaran’ kepadanya susulan didapati berada dalam keadaan khayal dan lalok ketika ditahan.

Selain itu, mereka juga ingin memberikan pengajaran kepadanya supaya sedar bahawa tindakan mencuri tabung masjid adalah suatu perkara yang salah.

Elak kena tibai lagi teruk

Manakala alasan paling utama sudah tentu ingin menyelamatkan pemuda berkenaan daripada dibelasah oleh ‘Kuang Krew’ iaitu pemuda-pemuda sekitar kawasan tersebut seramai 40 orang yang sudah menanti di luar masjid.

Tindakan tersebut dilakukan agar tidak ada sebarang ‘musibah’ yang lebih teruk berlaku jika pemuda berkenaan tidak ‘disimpan’ di dalam bilik mandi jenazah.

Terdahulu, datuk kepada Daniel Iskandar iaitu remaja yang didapati bersalah cuba mencuri tabung masjid telah mengakui bahawa dia yang meminta pihak masjid untuk melaporkan cucunya kepada pihak polis atas alasan mengajar pemuda tersebut.

Dia juga menafikan dakwaan remaja itu yang mencuri tabung masjid untuk tujuan membeli ubat kencing manisnya kerana warga emas berkenaan mendapat zakat RM400 setiap bulan.

Video:

Seorang Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Al Islahiah, di sini, berkongsi pengalamannya memandikan seorang remaja dengan menjirus air mengikut prosedur mandi jenazah.

Mohamad Ayub Han Khalil berkata, beliau melakukan tindakan itu kerana Daniel Iskandar Mohd. Nasir, 19, berada dalam keadaan khayal dan lalok ketika ditangkap.

Jelas beliau, ‘mandi ala jenazah’ itu dibuat termasuk meletakkan kapur barus bagi memberi ‘kesegaran’ kepada remaja yang mencuri tabung masjid itu untuk berada dalam keadaan normal.

“Kami mandikan remaja ini atas beberapa sebab iaitu satu sebagai pengajaran di mana tiada unsur-unsur penderaan. Boleh periksa luka dan lebam memang tidak ada.

“Yang kedua remaja ini berada dalam keadaan khayal dan kita mandikan bagi dia segar. Yang ketiga ketika hendak elak bencana lebih besar sebab di luar masjid sudah ada sekitar 40 pemuda dipanggil ‘Kuang Krew’ yang menangkap remaja itu.

“Kita hendak elak dia jadi mangsa ‘belasah’ dalam kalangan pemuda yang tengah geram dan AJK masjid ambil keputusan ‘simpan’ dulu dalam bilik jenazah.

“Alang-alang di bilik jenazah dan tabung masjid memang ada di situ, kami biar di situ kerana dia tengah khayal.

“Tujuan kami bagi dia segar, bagi pengajaran dan mengelak musibah ke atas remaja ini lagi teruk,” katanya ketika ditemubual MalaysiaGazette, di sini, hari ini.

Semalam, Daniel Iskandar yang sebelum itu tular dimandikan ala jenazah dikenakan hukuman penjara 10 hari dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang kerana cuba mencuri tabung masjid lima hari lalu.

Daniel Iskandar yang juga penganggur dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan.

Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara bermula tarikh tangkap iaitu 9 Januari lalu dan tambahan jel lima bulan, jika gagal membayar denda tersebut.

Sebelum menjatuhi hukuman, Majistret Nik Mohd Fadli menegur tindakan tertuduh bahawa mencuri merupakan satu kesalahan.

Mengulas lanjut, Mohamad Ayub Han berkata, Daniel Iskandar ditangkap di kawasan sekitar masjid sebelum solat Asar pada Ahad lalu dan terus dibawa ke bilik jenazah kerana bahan bukti iaitu tabung peti berada di situ.

Menurut beliau, ia bagi memudahkan proses siasatan sama ada tabung itu yang cuba dicuri pada pagi hari yang sama.

“Selepas solat Asar, kebetulan saya berada di belakang imam dan secara spontan mencadang remaja itu dimandikan siap di atas katil mandi jenazah.

“Lepas mandi kita lap dan bila letak kapur barus, dia meronta dan minta maaf serta berjanji tidak buat lagi,” katanya.

Mohamad Ayub menambah, ini pertama kali pihak AJK membuat laporan polis di atas kecurian itu walaupun sebelum ini kes sama sering berlaku.

Namun jelasnya, apabila datuk remaja itu Rosli Sidek, 65, dipanggil untuk berbincang, beliau nekad agar kes cucunya itu diserahkan kepada pihak berkuasa.

Sumber: OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*