Anak YDPA Hantar Makanan Untuk Neelofa, Sekali Benda Lain Pula Yang Jadi Perhatian

Sudah terang lagi bersuluh, begitulah juga mengenai cerita kehamilan selebriti berniqab terkenal Neelofa.

Biarpun masih mengunci mulut dan diam seribu bahasa mengenai cerita kehamilannya, namun semua rahsia tersebut sudah terlerai satu per satu apabila Neelofa seolah-olah membiarkan hanya foto yang berbicara. Dia nampak selesa apabila gambar-gambar terkininya dengan perut yang semakin sarat dikongsikan dalam media sosial.

Kali ini, perut atau ‘baby bump’ bekas pengacara MeleTOP itu kembali mendapat tumpuan selepas adik perempuannya Ameera Khan berkongsi sekeping foto memperlihatkan kakaknya yang sedang sarat hamil hadir ke sebuah kafe jenama terkemuka semalam.

Tidak terhenti di situ, foto tersebut mula tular sejak malam tadi sekali gus meleraikan semua persoalan ramai mengenai cerita kehamilannya.

Rata-rata peminatnya teruja dan mendoakan agar bayi dalam kandungan isteri Harris Ismail itu sentiasa sihat.

Selain itu, ada juga netizen yang sudah mula meneka jantina da. menghitung usia kandungannya iaitu sekitar tujuh atau lapan bulan.

“Sudah tujuh bulan agaknya usia kandungan Neelofa ini,” kata seorang peminatnya.

“Mungkin bayi perempuan ini,” komen seorang lagi pengguna Instagram.

Sehingga kini, Neelofa mahupun Harris belum pernah mengesahkan walaupun khabar angin mengenai kehamilan pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot itu bertiup kencang.

Malah, Neelofa juga pernah memberitahu dia memilih untuk merahsiakan cerita kehamilan dan hanya akan menguar-uarkan kepada umum mengenai kelahiran.

Untuk rekod, Neelofa selamat bergelar isteri kepada Harris yang juga pendakwah bebas terkenal di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.

Selagi belum bers4lin, selagi itulah keh4milan neelofa menjadi bualan.

Walaupun empunya diri masih mendiamkan diri tapi macam biasalah rakyat malaysia mestilah tak berhenti bercakap.

Sebelum ini dah kec0h bila masing-masing cuba meneka jantina bayi Naeelofa.

Baru-baru ini, Neelofa sekali lagi mencvri perhatian apabila dia berterima kasih kepada anak Yang Di-Pertuan Agong kerana sudi memberikan makanan kepadanya.

Bukan makanan tersebut yang menjadi fokus, sebaliknya emoji yang ditulis Neelofa.

Isteri kepada Haris ini menggunakan emoji bayi lelaki, sekaligus membuatkan netizen yakin anak yang dilahirkan adalah lelaki.

Tunggu sahajalah Neelofa bersalin. Kan senang. Tak gitu?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*