“Nasib Baik Ada TMJ”- Tular Penjaga Gol Kebangsaan Dicari Pihak Bank, Sekali Ini Tindakan TMJ

Majoriti anggota skuad Melaka United musim lalu kini menjadi bvruan bank selepas hampir tiga bulan tidak menerima sebarang gaji sejak Oktober tahun lalu.

Mungkin ia agak mengejutkan, namun itulah senario sebenar dalam kem Melaka United ketika ini apabila ramai pemain skuad yang mara hingga ke separuh akhir Piala Malaysia musim lalu itu

diburu pihak bank ekoran kegagalan menjelaskan komitmen bulanan.

Antara mangsa penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat apabila perbualannya di laman sosial menjadi viral dengan beliau mengakui diburu pihak bank selepas tidak dibayar

gaji sejak beberapa bulan lalu.

“Ini pun sampai tiga bulan kita orang diam tau. Sebab nak jaga kan team. Tapi dah lama sangat kita orang pun ‘tension’ bank dok call hari-hari, anak bini nak makan,” tulisnya.

Situasi sama turut dikongsikan seorang lagi pemain Melaka United yang enggan dikenali kepada Arena Metro apabila mengesahkan situasi berkenaan.

Katanya, pengurusan kelab berjanji menyelesaikan tunggakan gaji pada awal Disember lalu, namun sehingga kini janji tinggal janji.

“Pengurusan kelab kata nak bayar pada awal Disember. Kami tunggu, tapi habuk pun tak ada. Lepas itu mereka janji lagi, kata nak masuk pertengahan bulan lepas, pun sama tak ada juga.

“Sehinggalah tahun baru dah masuk ini, sama juga gaji kami tetap tak masuk. Kami dah tak boleh sabar, kesian dekat keluarga kami yang perlu diberikan makan dan minum.

“Itu belum lagi kira bayaran komitmen rumah dan kereta…sekarang ini bank asyik call tanya bila nak bayar. Kami harap sangat pihak kelab segera selesaikan tunggakan kerana kami

perlukan gaji kami,” kata pemain itu.

Untuk rekod, skuad Hang Tuah yang dibimbing Zainal Abidin Hassan mengharungi kempen Liga Malaysia dengan cukup baik sepanjang musim lalu.

Kemuncaknya dalam saingan Piala Malaysia apabila Melaka United berjaya mara hingga ke separuh akhir Piala Malaysia pada Oktober lalu yang menyaksikan pasukan itu berjuang hingga ke

penentuan sepakan penalti sebelum tewas 3-5 di tangan Kuala Lumpur City FC.

BERHUBUNG ISU TUNGGAKAN GAJI PEMAIN DAN PEGAWAI MELAKA UNITED FC MUSIM 2021, KELAB BOLASEPAK MELAKA UNITED FC KINI SEDANG DALAM PROSES AKHIR PENSTRUKTURAN SEMULA DARI SEGI PENTADBIRAN DAN KEWANGAN.

PIHAK PENGURUSAN KELAB MEMBERI JAMINAN UNTUK MENYELESAIKAN SEMUA TUNGGAKAN DALAM MASA TERDEKAT BAGI MEMASTIKAN PERANCANGAN MELAKA UNITED FC BAGI TAHUN 2022 BERJALAN LANCAR.

PIHAK PENGURUSAN MENGHARGAI KESABARAN DAN KERJASAMA DARIPADA PARA PEMAIN DAN PEGAWAI MELAKA UNITED FC.

SOKONGAN DARIPADA SEMUA PIHAK KHUSUSNYA PARA PENYOKONG AMAT KAMI HARGAI DAN SEMOGA 2022 MENJADI TAHUN YANG GEMILANG BUAT MELAKA UNITED FC.

PENGURUSAN KELAB BOLASEPAK MELAKA UNITED FC

Ini Respon TMJ selepas tular pemain tak dibayar gaji

Pasukan Melaka United ditegur ‘setepek’ oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhubung tunggakan gaji yang membelenggu pasukan itu sejak Oktober lalu.

Tunku Ismail yang juga Penaung Persatuan Pemain Profesional Malaysia (PFAM) memberi menegur secara ‘direct’ dan meminta agar Presiden Melaka United, Datuk Seri Sulaiman Mohd Ali menyelesaikan tunggakan tiga bulan itu secepat mungkin.

Menerusi satu perbualan whatsapp yang dikongsikan oleh pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) itu di laman Story Instagram miliknya menyaksikan Tunku Ismail mahu isu berkenaan diselesaikan.

Katanya, tunggakan membabitkan seluruh anggota skuad Hang Tuah musim lalu itu tidak baik untuk imej pasukan berkenaan selain pemain menjadi mangsa keadaan.

“Salam Datuk, saya harap Datuk dalam keadaan sihat. “Datuk pasukan Melaka tidak bayar gaji pemain sudah tiga bulan. Tak bagus untuk ‘image’ integriti pasukan Melaka dan juga kebajikan, serta ‘welfare players’. Tolong selesaikan isu ini Datuk. Terima kasih,” kata Tunku Ismail kepada Sulaiman.

Teguran itu kemudiannya disambut dengan nada positif apabila Sulaiman yang juga Ketua Menteri Melaka berjanji akan menyelesaikan tunggakan itu.

“Wassalam Tunku. Semoga Tunku sentiasa di bawah rahmat Allah SWT. Insya Allah patik akan usahakan perkara ini sebaik mungkin. Terima kasih,” balas Sulaiman.

Menerusi laporan Arena Metro hari ini, majoriti anggota skuad Melaka United musim lalu kini menjadi buruan bank selepas hampir tiga bulan tidak menerima sebarang gaji sejak Oktober, tahun lalu.

Mungkin ia agak mengejutkan namun itulah senario sebenar yang berlaku dalam kem Melaka United ketika ini apabila skuad yang mara hingga ke separuh akhir Piala Malaysia musim lalu itu diburu pihak bank ekoran kegagalan menjelaskan komitmen bulanan.

Situasi perit itu diakui sendiri beberapa bekas pemain Melaka United musim lalu termasuk penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat yang kini diburu pihak bank selepas tidak dibayar gaji sejak beberapa bulan lalu.

Selain itu, PFAM turut mengesahkan sudah menghantar notis tuntutan agar tunggakan diselesaikan sebelum 19 Januari ini.

Sumber : hmetro.com.my

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*