Lepas Jumpa Pemuda Hilang, Ibu Dedahkan Ada Sesuatu Yg Macik Ini Nmpak Buat Ramai Tergamam

Gua Musang – Remaja lelaki yang hilang selepas membuang air kecil di kawasan semak di Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir, di sini, malam kelmarin ditemui dalam keadaan kepenatan serta kebingungan di atas sebuah jambatan, petang ini.

M.angsa berusia 13 tahun itu ditemui penduduk pada 5.30 petang pada jarak dua kilometer dari lokasi dia dipercayai h.ilang.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, remaja itu berjalan dalam kepenatan serta kelihatan kebingungan ketika ditemui penduduk yang kebetulan melalui kawasan kampung itu.

“Penduduk yang menemuinya segera membawa remaja itu pulang ke rumah keluarganya. Melihat keadaannya yang membimbangkan, kami akan membawa m.angsa ke H.ospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk menjalani pemeriksaan dan raw.atan lanjut.

“Bagaimanapun, keluarga remaja itu bersyukur kerana anak mereka ditemui dalam keadaan selamat selepas lebih 24 jam dilaporkan hilang,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Ibu Cerita Siapa Yang Jumpa

Ibu remaja berkenaan, Khairul Nisa Hamzah, 45, berkata, anak bongsunya itu ditemui oleh seorang wanita dikenali sebagai Kak Yah berusia 50 an yang kebetulan ke lokasi keja.dian untuk meninjau keadaan tersebut selepas ia tular di laman sosial.

“Kata Kak Yah, semasa dalam perjalanan ke sini dia bersama rombongan lain melalui jalan tersebut dan melihat seorang remaja lelaki sedang berjalan dalam keadaan lemah serta k.otor sambil memegang selipar.

“Kak Yah memberhentikan keretanya dan membawa Muhammad Iznun Al-Azim untuk diserahkan kepada saya,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Menurutnya, mengikut cerita orang lain yang turut bersama Kak Yah pada waktu itu, mereka tidak nampak kelibat Muhammad Iznun Al-Azim seperti yang dilihat oleh Kak Yah.

Katanya, malah mereka juga mend.akwa tidak dapat melihat Muhammad Iznun Al-Azim ketika Kak Yah berhenti mengambilnya. Dia berkata, orang ramai hanya dapat melihat anaknya itu apabila selamat tiba di rumahnya.

Terdahulu, remaja lelaki itu dipercayai h.ilang selepas membuang air kecil di kawasan semak pada 10 malam kelmarin.

M.angsa dikatakan sedang bermain bersama rakannya di gelanggang sepak takraw yang terletak berhampiran rumahnya sebelum masuk ke kawasan semak untuk membuang air kecil.

Bagaimanapun, m.angsa tidak keluar semula menyebabkan rakannya menyangka remaja itu sudah pulang ke rumah.

5 Perkara Perlu Kita Buat Kalau Yakin Dah Tersesat Dalam Hutan

1. Langkah pertama ialah berpatah balik.Kebiasaanya seseorang itu sedar ia tersalah jalan dalam jangka masa 30 minit hingga 1 jam dan mungkin lebih.

Cari kembali trek asal yang anda lalui (jika masih bertenaga, jika tidak mampu rehat dulu)

2. Langkah kedua ialah, cari kawasan sesuai untuk rehat menghilangkan penat.

Makan dan minum dulu (tetapi berjimat sikit terutama air), tenangkan fikiran, ingat Allah banyak-banyak, minta petunjuk dan pertolongan darinya. Jika anda panik makin sesat jadinya. Jika dah ok patah balik untuk memcari trek asal.

3. Trek manusia biasa lapang atas dan bawah, ada kesan tapak kaki atau tanda-tanda yang di tinggalkan.

Jika jumpa tunggulah di situ, ini kerana jika perkara sesat ini berlaku, guide (jurupandu akan mencari anda). Jika tidak jumpa juga, pagi esoknya baru laporan dibuat dan gerakan mencari dijalankan. Jika anda masih ditrek yang betul, peluang untuk anda diselamatkan amat cerah.

4. Jika boleh bersabar, tunggulah di trek (tepi trek) dalam tempoh 24jam, atau lebih (48 jam).

Jika waktu malam tidurlah jauh dari trek itu,cari kawasan sesuai, ini kerana waktu malam trek itu mungkin memjadi laluan haiwan. Berjimatlah dengan bekalan makanan dan air yang ada.

5. Jika tiada tanda-tanda pasukan penyelamat maka bertindaklah untuk cari jalan keluar.

Semasa mahu berjalan tinggakanlah tanda anak panah dari kayu atau apa saja menunjukkan arah anda hendak pergi. Di sepanjang perjalanan tinggalkan tanda-tanda yang anda melaluinya, ini memudah pasukan penyelamat mencari.

Kredit : HM/Sinar via om

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*