Datuk Kepada Mngsa Curi Tabung Buka Cerita Sebenar, Dia Sendiri Minta Laporkan Kepada Polis

Isu remaja yang dimandikan seperti jenazah kerana cuba mencuri tabung masjid tempoh hari benar-benar menjadi perdebatan ramai susulan jemaah masjid dikecam kerana bertindak kasar ketika memandikan tertuduh.

Walau bagaimanapun, remaja berusia 19 tahun itu telah ditahan dan mahkamah majistret sudahpun menjatuhkan hukuman penjara 10 hari serta denda sebanyak RM4,000.

Tindakan tersebut membuatkan banyak pihak ‘lembut hati’ setelah pihak peguam memaklumkan yang remaja itu mencuri tabung masjid untuk membeli ubat datuknya yang sakit.

Dari situ, ramai yang mengecam jemaah masjid kerana melakukan kekerasan sewaktu memandikan tertuduh dan pelbagai lagi tuduhan dilemparkan kepada insititusi masjid berkenaan.
Datuk suruh AJK masjid laporkan ke polis
Namun begitu, ‘plot twist’ berlaku apabila ada pihak mendakwa remaja berkenaan memang bermasalah dan pernah bertindak menyerang datuknya dengan parang.

Susulan daripada itu, pihak Malaysia Gazette telah bertemu sendiri dengan datuk kepada Daniel Iskandar untuk mendapatkan penjelasan.

Menurut warga emas berusia sekitar 70an itu, dia sendiri yang meminta Ahli Jawatankuasa Masjid (AJK) Masjid Al Islahiah membuat laporan keatas cucunya sebagai pengajaran.

Tambah warga emas itu lagi, Daniel sememangnya bermasalah kerana terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Dia juga beberapa kali mencuri di rumah dan tindakan membiarkan remaja itu ditahan adalah supaya dia tidak melakukan perkara sama kepada orang lain.

 

tular memaparkan seorang remaja lelaki yang dimandikan seperti ‘jenazah’ akibat cuba mencuri wang tabung sebuah masjid hangat menjadi perbualan netizen.

Lebih memilukan, dia ketika perbicaraan mahkamah mendakwa terpaksa bertindak sedemikian demi mendapatkan wang untuk membeli ubat ubatan datuknya yang menghidap kencing manis.

Kisah itu pantas mendapat perhatian netizen yang mana rata-ratanya simpati, malah menyuarakan hasrat untuk membantu selepas dia dipenjara 10 hari dan didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang pada Khamis.

Di sebalik kisah tular itu, timbul pula pendedahan demi pendedahan lain yang membongkar mengenai diri dan tindak tanduk sebenar remaja itu.

Dakwa aktivis sosial terkenal, Kuan Chee Heng atau Uncle Kentang, remaja berkenaan merupakan seorang penagih dadah.

“Dia kaki syabu menurut maklumat yang diterima. Mahkamah bukan khilaf, mesti fakta untuk tuduh cukup, baru polis akan tuduh dan mahkamah akan jatuh hukuman yang setimpal.

“Mungkin dalam rayuan, dia jual cerita sedih pada majistret, tapi majistret lebih arif dan tidak beli sob story dia dalam rayuan.

“Maka, majistret telah menjatuhkan hukuman yang tepat dan adil,” jelas Uncle Kentang panjang lebar menerusi satu catatan di ruang komen di Facebook yang turut tular.

Tambah Uncle Kentang, dia beranggapan pihak masjid juga berkemungkinan sudah muak dengan sikap remaja itu sehingga mereka tergamak memandikannya seperti jenazah.

“Takkan la majistret nak jatuhkan hukuman sebegitu jika tertuduh memang mencuri untuk beli ubat untuk atuk.

“Saya rasa masjid pun masak dengan perangai dia. Kalau tidak, masjid akan lepaskan dia dan bantu dia. Ini mungkin masjid dan tahu sangat perangai dia, barulah pihak masjid bawa ke balai polis. Kita harus tahu cerita sebenarnya,” ujar Uncle Kentang lagi.

Di Twitter pula, netizen memberikan reaksi berbeza-beza mengenai isu itu.

Menurut seorang netizen, remaja berkenaan wajar dihukum atas perbuatan tersebut.

Namun katanya, tindakan pihak masjid yang memandikannya seperti jenazah juga tidak wajar dan dianggap memalukan.

Untuk rekod, Sinar Harian pada Khamis melaporkan Daniel Iskandar, 19, dikenakan hukuman penjara 10 hari dan denda RM4,000 kerana cuba mencuri tabung masjid lima hari lalu.

Dia yang juga seorang penganggur mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan.

Mengikut pertuduhan, remaja itu didakwa cuba mencuri tabung kepunyaan Masjid Al Islahiah dengan mengheret dan menyembunyikannya dalam bilik mandi jenazah.

Perbuatan itu dilakukan di masjid berkenaan di Kilometer (KM) 28 Kuang, Rawang pada jam 11.58 malam, 8 Januari lalu.

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*