Keputusan Liga Perdana Inggeris

LONDON: Kylian Mbappe, Harry Kane, Erling Haaland dan Lautaro Martinez antara pemain yang berada dalam radar Manchester United untuk dibawa masuk ke Old Trafford musim depan.

Red Devils merancang untuk mendapatkan Mbappe bagi menggantikan penyerang Uruguay, Edinson Cavani yang dijangka meninggalkan kelab musim panas ini.

Mbappe, 22, antara bintang yang dipertimbangkan United pada 2022 dengan pemain Pe­rancis itu dijangka tidak akan menyambung kontrak bersama Paris Saint-Germain (PSG) yang tamat tahun depan.

United sedar Real Madrid menjadi destinasi pilihan tetapi bersedia membawa pemain itu ke Old Tafforrd.

HARRY KANE
Selain Mbappe, United juga mahu mendapatkan Kane jika Manchester City gagal membeli kapten England itu daripada Tottenham musim ini.

Penyerang sensasi Norway, Erling Haaland (Borussia Dortmund) dan bintang Inter Milan, Lautaro Martinez (Argentina) juga berada dalam radar Red Devils.

Selepas memulakan kempen Liga Perdana Inggeris musim ini dengan cemerlang membelasah Leeds Uni­ted 5-1, hari ini United mahu meneruskan rentak cemerlang apabila bertemu ­Southampton.

Tonggak pertahanan Perancis, Raphael Varane dijangka membuat penampilan sulung bersama Red Devils. – AGENSI

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*