“MasyaAllah Cantik Sangat,” – Kongsi Foto Bertudung Litup, Datin Maria Farida Terima Pujian Peminat

Dengan menerusi entri terkini di laman media sosial Instagram milik pelakon Iaitu Datin Maria Farida ada memuat naik sekeping foto terkini dirinya bersama para peminat.Di samping menit!pkan ucapan salam Ramadan, Maria atau nama sebenarnya Maria Farida Atienza dilihat sangat manis mengenakan tudung rona merah jambu.

“Ramadhan Kareem.. As you fast and offer prayers to Allah, may you find your peace and happiness…,” tulisnya dalam bahasa Inggeris.

Meninjau di ruangan komen, dilihat rata-rata peminatnya memuji penampilan pelakon berusia 52 tahun yang kelihatan sangat sopan mengenakan hijab.

Sehingga kini, entri berkenaan telah meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet.

Foto: Instagram Maria Farida

Patutlah Datin Seri Maria Farida Kekal Cantik Di Usia 50, Lihat Saja Kejelitaan Ibunya – Nona

Dan kalau nak cantik dan kekal awet muda tak boleh hisap rokok sebab nanti kulit kita akan kusam. Benda-benda macam tu saja yang saya amalkan. Satu lagi tip tak nak nampak kedut di wajah, cuba jangan gelak. Kalau gelak nanti keluar semua kedut, maintain buat muka vogue saja,” ucap isteri kepada Datuk Seri Abdul Rahman Shakur ini sambil tersenyum.

Tertarik dengan salah satu tip kecantikan Datin Seri Maria iaitu dapat cukup tidur. Sebagai seorang wanita yang bergelar isteri, ibu, usahawan dan juga pelakon bagaimana agaknya wanita putih gebu ini mendapatkan tidur yang berkualiti.

“Kalau nak ikutkan memang susah nak dapatkan tidur yang cukup ni. Tapi walau macam mana sekalipun kita kena cuba juga. Macam saya kalau berada di lokasi penggambaran, bila time bukan scene saya, saya akan cepat-cepat pergi tidur 1 atau 2 jam ke sebelum sampai scene saya.

Kalau tak ada shooting saya akan cuba tidur sebelum pukul 12 malam. Sebab bila dah start shooting balik akan mula sukar untuk dapat cukup tidur. Nak tak nak kena kita kena cari masa juga,” terang Datin Seri Maria.

Melihat susuk tubuh Datin Seri Maria yang langsing terus terpacul di mulut mesti usahawan berjaya ini tak makan nasi. “Siapa kata saya tak makan nasi. Hari-hari saya makan nasi dengan lauk favorite saya. Cuma bila saya on set shooting, saya akan kurangkan nasi. Sebab bila shooting kita akan nampak besar. So bila tak shooting, time tu saya akan ‘gasak’ nasi semua.

Saya juga tak ada sekatan bila boleh makan nasi, anytime boleh makan nasi. Tapi sekarang kan trend intermittent fasting so, saya cuba pelan diet ini. Saya cuba berhenti makan sebelum pukul 8.00 dan akan makan semula pada pukul 12.00 tengah hari. Saya tengah cuba dan tak tahu okay ke tak lagi,” kongsi Datin Seri Maria.

Bila diajukan tentang pandangan yang mengatakan orang banyak duit boleh lah kekal cantik. Datin Seri Maria menafikan pandangan sebegini. “Pandangan begitu salah sama sekali. Kata orang kalau nak cantik seribu daya kalau tak nak seribu dalih. Bagi saya pandangan sebegitu hanya alasan saja.

Kalau tak ada duit you still can maintain your lifestyle. Macam saya tak guna apa-apa untuk inject ke menggunakan duit untuk botoks, filler dan sebagainya. Saya tak buat semua tu. Semua itu menggunakan duit kan? So I doing it natural way. Siapa kata ada duit baru boleh cantik. That is nonsense to me,” komen Datin Seri Maria.

Datin Seri Maria juga menafikan apabila dikatakan ‘menyorok’ anaknya di laman media sosialnya. “Saya tak pernah sorok gambar anak-anak. Anak sulung saya dah 22 tahun sekarang belajar di Australia, yang ke-2 berusia 14 tahun dan yang kecil sekali dah 10 tahun.

Saya ada share gambar mereka tapi tak selalu sebab anak-anak saya susah nak senyum. Bila saya keluarkan kamera masing-masing akan buat muka sampai saya jadi fed-up nak ambil gambar dengan mereka. Ada time yang mereka bermuka ‘normal’ baru saya masukkan dalam instagram,” kongsi Datin Seri Maria sambil tertawa.

Beruntung anak-anak Datin Seri Maria memiliki ibu yang cantik. Tentu Datin Seri Maria turut menekankan rutin kekal sihat dan cantik dengan anak-anaknya. “Memang hari-hari saya akan membebel kat rumah. Saya minta mereka makan sayur dan minum air kosong kalau tak mereka suka minum air berkarbonat, makan coklat dan junk food.

Sekarang saya strict sikit tak benarkan mereka ambil junk food, asam dan makanan segera. Saya cuba bagi mereka healthy meal seperti home cooked food dan sayur. Saya paksa mereka makan dan minum air kosong. Kids nowadays memang macam tu,” ucap Datin Seri Maria mengakhiri perbualan kami.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Sumber: media hiburan/news online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima Kasih!!

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*