Lepas Sharnaaz, giliran ‘pakcik baru’ pula kena nyanyi lagu kesukaan Jebat Jayden

Anak kepada Sharnaaz Ahmad, Jebat Jayden Ahmad sememangnya sering menjadi sorotan media kerana teletahnya yang comel dan sering dikongsikan oleh ibu serta bapanya.

Sudah pun berusia lebih dari dua tahun, Jebat dilihat sangat manja dengan Sharnaaz dan juga ahli keluarga ibunya, Noor Nabila termasuklah ibu saudaranya, Neelofa.

lagu kesukaan Jebat

Jika sebelum ini Sharnaaz ada memuat naik video menyanyikan lagu ‘Can Mali Can’ iaitu lagu kegemaran anak tersayang, kali ini giliran ‘pakcik barunya’, PU Riz pula yang mengambil tugas menceriakan Jebat.

Uncle Haris pulak kena nyanyi

Hal tersebut dikongsikan di laman IG story PU Riz yang videonya dirakam oleh isteri tersayang, Neelofa ketika dia sedang memandu kereta.

Dapat didengar dengan jelas Jebat Jayden begitu gembira dan turut menyambung nyanyian tersebut di bahagian tempat duduk belakang.

Telatah comel Jebat telah membuatkan Neelofa berasa ‘geram’ dengan anak buahnya yang semakin petah bercakap dan menyambung nyanyian lagu kegemarannya.

Video

Instagram peminat Neelofa turut memuat naik kembali IG story ketika PU Riz melayan anak buah Neelofa dan mendapat pelbagai maklum balas daripada netizen.

Masing-masing terhibur dengan mereka dua kerana terlihat comel lebih-lebih lagi Jebat yang semakin petah bercakap.

Pasti ramai yang turut ‘geram’ dengan keletah Jebat Jayden yang semakin besar kan?

Jebat merupakan anak kepada Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila yang juga kakak kepada Neelofa. Selepas berpisah, hubungan Nabila dan Sharnaaz masih lagi baik bagi memastikan anak mereka mendapat kasih sayang sepenuhnya.

Nabila juga telah benikah dengan Engku Emran yang juga bekas suami kepada pelakon terkenal Erra Fazira.

Sharnaaz Ahmad gembira dapat luang masa dengan Jebat – “Aku g4gal dalam perkahwinan, tapi pasti menang menjadi bapa terbaik”

WALAUPUN rumah tangga yang dibina musnah di tengah jalan, namun pelakon Sharnaaz Ahmad masih mengekalkan hubungan baik dengan bekas isteri, Noor Nabila Mohd Noor demi anak tunggal mereka, Jebat Jayden.

Kata Sharnaaz, 36, dia sangat bersyukur apabila berpeluang meluangkan masa dengan Jebat yang kini berada di bawah jagaan bekas isterinya.

“Tak semua mendapat kebahagiaan berumah tangga, tapi yang pasti jika dikurniakan zuriat, itu satu jenis nikmat Allah bagi pada kita.

Saya gagal dalam perkahwinan, tapi saya pasti menang menjadi seorang bapa yang terbaik untuk Jebat.

“Apabila saya dapat luangkan masa dengan Jebat macam ini, ini adalah sesuatu yang sangat istimewa bagi saya,” katanya.

Menurut Sharnaaz, sejak bercerai pada Julai tahun lalu, ini merupakan kali kedua Jebat bermalam di rumahnya.

“Ini merupakan kali kedua Jebat duduk dengan saya. Aku gagal dalam perkahwinan, tapi saya pasti menang menjadi seorang bapa yang terbaik untuk Jebat.

“Saya sayang Jebat sampai hujung nyawa,” luah pelakon filem Juvana itu.

Jebat meluangkan masa hujung minggu bersama bapanya pada Ahad.

Menerusi perkongsian video, Sharnaaz berkata dia juga menyedari anaknya itu sudah mula menunjukkan minat dalam bidang muzik apabila gemar bermain-main dengan gitar.

“Sekarang ni dia tengah explore apa yang ada di rumah saya.

“Rumah saya biasa-biasa sahaja, tak perlu kaya untuk bahagia… itu yang penting.

“Saya pun baharu sahaja tahu yang Jebat ni suka gitar,” katanya lagi.

Sharnaaz berkahwin dengan Nabila yang juga kakak kepada Neelofa, pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor.

Rumah tangga mereka tidak bertahan lama apabila disahkan bercerai pada 9 Julai tahun lalu.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia dua tahun setengah.

Sumber: Lofa. page, Hrisbismail

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*