Dua ‘bodyguard’ dipvkvl, di4cu pist0ll, diugvtt bunvvh kerana berpuasa

KUALA LUMPUR: Hanya kerana berpuasa di bulan Ramadan, dua pengawal peribadi dipercayai dipukul sehingga cedera dan menerima ugutan bunuh daripada majikan mereka di sini, pada Selasa.Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata kejadian dipercayai bermula di sebuah kondominium di Jalan Pinang, ibu negara, kira-kira jam 10 malam.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa bekerja dengan sebuah syarikat keselamatan dan dilantik sebagai pengawal peribadi suspek yang berusia 43 tahun.

“Semasa berada di kondominium terbabit, suspek yang merupakan majikannya telah bertanya adakah mereka berpuasa ketika hari kejadian. Setelah diberitahu mereka berpuasa, suspek bertindak memarahi dan menampar kepala mangsa.

“Selepas itu, mangsa telah mengikut suspek ke rumahnya di Batu Nilam, Klang, sebelum kedua-dua mereka dipukul menggunakan rotan dan diacukan dengan pistol,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Mengulas lanjut, Mohamad Zainal berkata, akibat kejadian itu kedua-dua mangsa mengalami kecederaan lebam dan terdapat darah beku di bahagian belakang badan.

“Mangsa dan rakannya telah mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

“Sehubungan itu suspek telah ditahan oleh polis bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut,” ujarnya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

. .

Sumber: Astro Awani

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*