“Jaga Isteri Baik-Baik, Insya-Allah Murah Rezeki Kita” – Edika Yusof

Sebut sahaja nama pelakon Edika Yusof, sememangnya ramai mengagumi kesetiaan pelakon berusia 54 tahun menjaga isterinya Norhidayah Yusri, yang lumpuh sejak 16 tahun lalu.

Baru-baru ini, Edika dijemput dalam satu program khas Astro Ria bergelar ‘Borak Kelamin’ bagi bercerita tentang topik ‘Cinta Luar Biasa’.

Menerusi rancangan itu, Edika ditanya oleh pengacara Elly Mazlein dan Awal Ashaari jika dia memasang niat untuk berkahwin lagi. Edika mengakui dia sering ditanya soalan tersebut, malah ibunya sendiri juga pernah bertanyakan mengenai perkara itu.

“Soal mahu kahwin lagi ni, bukan hanya orang luar yang tanya. Malah, ibu saya sendiri pernah mengutarakannya memikirkan hal anak-anak yang masih kecil dan keadaan isteri yang mungkin selamanya begitu,” kataya.

Turut berkongsi cerita, Edika berkata dia membesar dalam keluarga bapanya berpoligami dan melihat kesusahan ibunya membesarkan mereka adik beradik membuatkan dia tidak mahu melukakan hati isterinya.

“Saya lihat kesusahan ibu membesarkan anak-anaknya. Seorang ibu sanggup berkorban apa saja untuk anak-anaknya. Jadi, saya lihat kenapa saya ingin melukakan hati isteri saya sebegitu..” katanya.

Dalam pada itu, Edika berkata daripada memikirkan hal kahwin lain adalah lebih baik agar dirinya membantu isteri untuk pulih semula.

“Alhamdulillah, semakin lama, keadaannya semakin baik. Mukanya bertambah cantik, memori semakin baik dan sudah mampu melakukan kerja-kerja di rumah seperti berniaga ‘online’,” katanya.

Ditanya bagaimana seorang suami kekal setia dengan isteri dalam keadaan sebegitu, Edika berkata jika menjaga isteri dengan baik, kehidupan akan bertambah baik.

“Kita hangan hanya berserah kepada Allah tanpa lakukan sesuatu. Berusahalah untuk bantu isteri jadi lebih baik. Jangan pernah putus asa dan lari dari masalah kerana ia tak membantu.

“Jaga isteri baik-baik, Insya Allah rezeki kita pun akan dimurahkan. Ini yang saya nampak dalam hidup saya sendiri. Alhamdulillah, anak-anak pun baik, isteri makin berdikari. Syukur,” katanya lagi.

Sumber: https://www.rotikaya.com/jaga-isteri-baik-baik-insya-allah-murah-rezeki-kita/?fbclid=IwAR2vfMU1lUf3JaVGAkbSgoA2r48qDXREyj8X9nM4G9JdYBT-4CktIGtWiCs

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*