Ditvduh Nikahi Warga Emas Kerana Harta, Sekali Ira Tunjuk Keadaan Sebenar Rumah Suami

Seorang Ielaki yang dikenali sebagai Bora, 58, mengge.mparkan penduduk sekitar apabila menikahi isterinya Ira Fazillah yang baru berusia 19 tahun.

Berdasarkan Iaporan Kompas, perniikahan pasangan tersebut berlangsung di Dusun Cippaga, Sulawesi Selatan, Indonesia.

Difahamkan sebelum itu Bora melamar ibu kandung Ira, tetapi ditolak sebelum ibu gadis itu menawarkan anak sulungnya untuk dinikahi.

Bagaimanapun setelah sepakat, akhirnya pernikahan antara Bora dan Ira dilangsungkan di depan penghulu.

Menurut Ketua Kampung Bana, Ishak, proses pernikahan mereka berjalan lancar dengan mas kahwin yang diberikan bernilai 10 juta rupiah (RM2,841) serta tanah dan kebun seluas satu hektar.

Tambahnya, walaupun pada awalnya Bora ingin memperisterikan ibu Ira namun ditolak, atas persetujuan kedua-duanya akhirnya pernikahan itu selesai dilangsungkan.

Ishak berkata, bora juga adalah seorang lelaki bujang dan tinggal sendirian selepas merantau ke Sulawesi Tenggara manakala Ira adalah anak sulung daripada tiga beradik.

Ira nafi setuju bernikah kerana harta

Pasangan suami isteri Bora (58) dan Ira Fazillah (19) di Kabupaten Bone, Sulawesi Selatan, menjadi topik perbualan setelah gambar perkahwinan mereka menjadi viral di media sosial beberapa hari lalu.

Pelbagai tanggapan muncul, kerana perbezaan umur pasangan pengantin.

Sebenarnya, banyak yang menvduh Ira menerima cadangan Bora hanya kerana dia berminat dengan harta. Namun, rumah Bora, yang hanya berukuran 4 × 4 meter, telah menolak semua tudvhan tersebut.

” Ramai yang mengatakan saya adalah seorang material, mengejar kekayaan suami saya.

” Tetapi sebenarnya hidup kami cukup sederhana, rumah kami kecil dan sesuai dengan keperluan kami sebagai petani di kampung” kata Ira kepada Kompas pada Jumaat, 10/4/2021.

Tambah Ira, setelah berkahwin dengan Bora, rumahnya dikunjungi oleh banyak tetamu, dari saudara mara hingga penduduk dari luar kampungnya.

Menurutnya, penduduk setempat datang kerana mereka ingin mengetahui tentang perkahwinannya dan Bora, yang terpisah jarak usia 39 tahun itu.

” Selepas majlis perkahwinan berlangsung, ramai tetamu yang datang dari pagi hingga malam mengaku mereka mahu dapatkan kepastian sebaik mendengar kisah perkahwinan kami,” kata Ira.

Ira mengakui ramai yang memandang serong mengenai perkahwinannya dengan suaminya. Namun, dia tidak bertndak balas terhadap perkara ini.

Pada masa ini, Ira mengakui bahawa dia benar-benar mahu berkahwin dengan Bora dan akan menjaganya.

” Saya benar-benar mahu berkahwin dengan suami, walaupun usia jauh berbeza, tetapi saya ikhlas mahu menjaga suami apatah lagi selama ini dia tinggal sendiri, tidak ada yang menjaganya,” katanya.

Sementara itu Ketua kampung Bana Ishak mengakui bahawa kehidupan Bora cukup sederhana. Kehidupan Bora seperti kehidupan petani di kampungnya yang merupakan kawasan pedalaman.

” Sebelum ini, Bora tinggal sendirian dan tidak pernah berkahwin. Hidupnya sederhana, seperti kehidupan normal masyarakat di kampung,” kata Ishak.

Di samping itu, tegas Ishak, pernikahan pasangan berkenaan berlangsung atas dasar suka sama suka bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Pasangan Bora dan Ira Fazillah baru sahaja berkahwin pada hari Rabu (7/4/2021).

Sebelumnya, Bora melamar ibu kandung Ira yang telah bercrai dengan suaminya selama belasan tahun. Bagaimanapun, permohonan itu ditolak.

Si ibu sebaliknya menawarkan anak perempuan sulungnya, Ira, untuk dinikahi Bora. Mas kahwin sebanyak RM2,841 dan kebun seluas 1 hektar telah diberikan oleh Bora untuk melamar Ira Fazillah.

Namun, jika anda masih memerlukan sedikit panduan bagaimana untuk memastikan kemanisan dalam rumah tangga kekal berpanjangan, berikut adalah beberapa rahsia dan tip perkahwinan bahagia yang harus anda ingat dan amalkan baik-baik di rumah.

1. Meraikan perkara kecil yang dilakukan berdua

Meraikan semua perkara yang dilakukan bersama adalah salah satu rahsia dalam membuatkan perkahwinan kita kekal bahagia.

Menurut kajian yang dilakukan oleh pakar psik0logi di UCLA, perkara sekecil apapun yang terjadi, ia seharusnya dilakukan berdua.

Seperti meraikan kejayaan dalam karier; ia sememangnya satu kebahagiaan kecil yang terjadi dalam hidup kita.

tip perkahwinan bahagia jarak jauh
Kredit: Crosswalk.com

Jangan diabai atau diremeh-temehkan. Inilah maksud sebenar dari kalimat berkongsi di saat suka dan duka!

Jangan hanya berkongsi hal sedih, tapi kita juga berkongsi kebahagiaan dengan meraikannya bersama. Baru meriah dan gembira rumah tangga!

2. Percintaan yang penuh ghairah

Menurut sebuah kajian terbaru, pasangan yang jarang melakukan hubungan seksual lebih cenderung untuk kurang bahagia.

Meskipun seks bukanlah satu-satunya hal penting dalam perkahwinan, tapi keintiman secara fizikal turut memainkan peranan penting dalam membuatkan satu-satu perkahwinan itu lebih bahagia!

Mereka yang memiliki kesukaran untuk mengendalikan emosi, sering merasa gelisah, atau mengalami em0si neg4tif seringkali kelihatan lebih ten4ng dan gembira jika dia mengalami s3ks rutin dengan pasangannya.

Jadi, jangan “berpuasa” terlalu lama dari hubungan intim dengan pasangan, ya Parents.

3. Saling menghargai satu sama lain

Meskipun ramai orang yang berasa bersyukur atau berterima kasih pada pasangannya, namun mereka masih jarang mengungkapnya dengan kata-kata.

Menurut sebuah kajian, mereka yang merasa dihargai oleh pasangannya atas segala usahanya di dalam rumah tangga akan berasa lebih puas dalam hubungannya. Malah, mereka juga jarang untuk memendam kebenci4n.

Suami isteri yang boleh menghargai satu sama lain – secara senyap mahupun lisan – akan memiliki peluang lebih besar untuk mencapai perkahwinan yang bahagia berbanding mereka yang tidak mahu menghargai pasangannya.

Ungkapan pujian pada pasangan akan menciptakan suasana yang lebih baik dalam rumah tangga.

Jadi, jangan ragu untuk mengucapkan terima kasih ataupun memberikan kata-kata pujian pada pasangan anda.

Sumber:hmetro dan kompas via asiakini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*