Netizen Bandingkan Isu Kompaun RM20,000 Penganjur Sukan Lumba Dgn Perkahwinan Selebriti Popular

Isu kompaun yang didakwa berat sebelah oleh pihak berkuasa nampak gayanya masih belum reda.

Kontroversi tersebut kembali tercetus apabila sebuah penganjur acara sukan permotoran telah didenda sebanyak RM20,000, baru-baru ini.

Penganjur tersebut didenda atas sebab melakukan aktiviti dengan kehadiran orang ramai sehingga sukar melaksanakan penjarakan fizikal dan pematuhan arahan.

Susulan itu, pihak penganjur telah mengeluarkan kenyataan rasmi dan mengakui kesilapan mereka kerana gagal melaksanakan acara mengikut ketetapan norma baru.Biarpun kesilapan itu telah diakui penganjur, kes itu dilihat tidak terhenti di situ sebaliknya ramai netizen membandingkan isu tersebut dengan majlis perkahwinan seorang selebriti popular yang berlangsung baru-baru ini.

Kebanyakan mereka membandingkan perbezaan ‘layanan’ diterima walaupun kedua-duanya telah melanggar pematuhan SOP yang sama.
“Aik tak ada kertas siasatan, terus saman RM20,000”

“Golongan kayangan semua tunggu nak buka kertas siasatan”

“Kes selebriti kahwin tu apa cerita, masih tak settle ke” tulis beberapa netizen.

Sekadar info, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini menjelaskan kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu termasuk golongan selebriti dan orang kenamaan (VIP), yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP).

“Tidak ada sesiapa yang mengatasi undang-undang yang ada dalam negara kita. Semua rakyat tidak kira siapa, VIP ke tak VIP ke.

“Semuanya tertakluk kepada undang-undang dan sesiapa yang melanggar undang-undang dan SOP, mereka akan dikenakan tindakan,” katanya.

Apapun, jangan menuding jari mana-mana pihak dan biarlah pihak berkuasa jalankan tugas dengan integriti.

Komp4un l4nggar SOP dipinda, ini yang anda perlu tahu

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah mengumumkan beberapa lagi pindaan terhadap pelaksanaan kompaun berkaitan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).
Hal itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam satu sidang media hari ini.

Berikut adalah perinciannya:

1. Terdapat tiga kategori kesalahan yang membawa nilai kompaun yang berbeza.

2. Kategori pertama – kesalahan yang menyebabkan risiko penularan tinggi atau impak jangkitan pada skala besar.

3. Kedua, kesalahan yang menyebabkan risiko penularan tetapi tidak beri impak jangkitan kepada komuniti.

4. Ketiga, kesalahan yang menyebabkan risiko penularan yang rendah atau tiada langsung kesan kepada komuniti.

5. Untuk kesalahan individu kali pertama, ia termasuk dalam kategori ketiga dan kerajaan membenarkan kompaun sebanyak RM1,500 daripada jumlah maksimum RM10,000.

6. Diskaun 50 peratus diberi bagi pembayaran dalam tempoh tujuh hari dan 25 peratus bagi bayaran dalam tempoh 14 hari. Tiada pengurangan selepas tempoh itu.

Bayar kompaun awal boleh dapat diskaun

7. Mereka yang tidak mampu membayar kompaun atas sebab-sebab tertentu boleh mengemukakan rayuan menerusi beberapa saluran, iaitu Pengarah Kesihatan Negeri, Timbalan Pengarah

Kesihatan Negeri (Bahagian Kesihatan Awam), Pegawai Kesihatan Daerah dan Pegawai Kesihatan Epidomologi Daerah (bergantung pada lokasi).

Tak mampu nak bayar? Golongan OKU dan rakyat miskin boleh buat rayuan

8. Semua rayuan perlu disertakan dengan dokumen pengesahan berkaitan dan borang rayuan boleh didapati di laman web Kementerian Kesihatan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*