Betul lah kifarah tu wujud, tak sngka apa yg aku buat pd kak ipar, terkena balik pd diri sndiri lepas aku kawin

Assalamualaikum, terima kasih admin sebab siarkan luahan hati aku dan tolong rahsiakan identiti aku. Nama aku Hani (bukan nama sebenar) berumur 27 tahun.

Seperti yang korang baca tajuk tertera, mesti korang fikir aku seorang yang jhat. Ye aku mengaku, aku jhat… cemburu. Tapi itu dulu, sekarang aku sikit sikit berubah ke arah kebaikan.

Cerita aku bermula dengan abang No 2 aku yg aku gelar sebagai Naim mula mendirikan rumah tangga. Akak ipar aku cantik, ada master, lemah lembut, sedikit pendiam tapi ramah, pembersih dan rajin.

Mula mula akak ipar aku ni ok tapi nampak la sedikit kekok bila masuk ke dalam keluarga baru, cakap pun tak banyak tapi bukan sombong ye. Sentiasa senyum.

Aku ok je dengan akak ipar aku ni tapi bukan bagi mak aku. Buat pengetahuan korang, mak aku ni cerewet, level maksimum. Tak mahu mengalah dan fikir sentiasa betul.

Bagi mak aku, cara dia je betul dan orang kena ikut cara dia. Tak boleh dimarah, malah kalau ayah aku marah mak aku atas sebab sebab tertentu, mak aku akan lepaskan kemrahan geram dia kepada anak anak.

Aku sebagai anak dah lali, kalau aku rimas, aku keluar rumah termasuk abang, kakak dan adik aku.

Kakak ipar aku ni yang aku nampak dia jenis berterus terang dan dan sebab sifat terus terang dia lah mak aku tak boleh terima.

Ins1den bermula akak ipar aku ajak kemas rumah sebab banyak barang dan bersepah. Kakak ipar aku cakap dekat kakak aku seorang lagi tapi mak aku terdengar.

Bagi mak aku, kakak ipar aku macam sindirlah. Mak aku tak boleh terima dan cop dia kurang ajr. Tapi hmmmm bagi aku memang betul pun.

Rumah aku bukan takat bersepah, nak pijak lantai pun geli. Buat pengetahuan semua, kami adik beradik dah biasa hidup dalam keadaan macam tu.

Mak tak suka barang teralih jadi kami tak kemas rumah. Tunggu raya baru kemas. Setahun sekali la kan?aku bukan nak burukkan mak aku tapi manusia tidak ada yang sempurna kan.

Tiap kali akak ipar aku datang rumah, mak aku masam muka, tak bercakap, tak tengok muka akak ipar aku sebab terasa dengan dia. Aku rasa kakak ipar aku perasan tapi dia senyap je tak layan.

Apa yang kakak ipar aku buat memang semua tak kena dimata mak aku. Kakak ipar aku tak ada dirumah, sebakul sumpah untuk dia mak aku hadiahkan.

Kami tadah je telinga. Bila mak aku macam tu aku.. Tah la aku pun terikut sekali benci kat kakak ipar aku. Tak tahu kenapa. Jhatkan aku? Padahal kakak ipar aku layan aku elok.

Bila aku dah tak tahan bebelan mak aku, aku stresss, aku WhatsApp kakak ipar aku, cakap macam macam. Akak ipar baca dan respon ok je siap emoji senyum.

Apa yang kakak ipar aku post di med1a sos1al, aku sampaikan pada mak aku cakap dia habiskan duit abang aku pergi sini sana, macam2 aku buat.

Bila mak aku berubah muka, aku rasa puas. Puas sangat. Jhatkan aku? Kerja jhat aku setahun lamanya, setahun tu juga akak ipar aku bersabar.

Datang rumah berlagak macam tiada apa yang jadi. Senyum siap bawa buah atau makanan lagi. Abang kandung aku? Dia macam tak tahu apa apa. Aku syak kakak ipar aku pandai simpan rahsia. Bijak kan dia.

Bila aku kahwin, Allah balas sebijik dengan apa yang aku buat dekat akak ipar aku dulu. Adik ipar semua tak hormat aku.

Lelaki aku pulak rajin herdik aku sebab benda yang remeh. Dia panas bran rupanya, aku baru tahu lepas kahwin dengan dia,hempas barang, menj3rit tak tentu pasal, nafkah tak diberi alasan sebab aku bekerja.

Mak mertua aku? Langsung tak kisah pasal aku. Tiap malam aku menangis seorang seorang. Lagi lagi dalam bilik air atau dalam tandas. Di tempat kerja aku berlakon jadi seorang yang happy.

Aku menyesal.. Menyesal yang teramat. Mak aku pulak dapat pnyakit str0k sebelah badan kiri. Yang jaga mak aku tahu siapa? Kakak ipar yang selalu jadi bahan umpattan.

Dari mak aku bangun tidur sampai mak aku masuk tidur, kakak ipar aku yang settle kan. Dia sanggup berhenti kerja sebab nak jaga mak aku, dia anak yatim piatu dan ada abang di luar negara.

Hebatkan balasan yang aku dapat..kalau aku boleh putar waktu, aku nak kembali di masa lalu. Ubah apa yang aku dah lakukan.

Reaksi warganet.

Zalilah Ahmad – Apabila kita an1aya orang, tapi orang tu tu tak balas, jangan rasa menang dan megah. Dia mungkin tak balas dengan kata2 atau perbuatan tapi dia akan mengadu pada Allah. Itu lagi bhaya. Beringatlah.

Olien Noor Azlin – Haha.. tahniah la. Perangai mcm h4nat. Mungkin berkat doa org teran1aya. Ko mana tau kak ipar ko mengadu apa depan Allah.. walaupun tu mak ko, x semestinya ko kena sokong semua perbuatan dia. Salah tetap salah.

Betul la tu dia nak tolong kemas. Nak sentap kenapa? Aku perasan org jenis pemalas mengemas ni mmg x boleh org tegur uma dia bersepah. Gamak dia duduk dlm tempat kotor2, busuk2 tu. Kalau dgn aku, sebelum ko maki aku sebakul sbb kemas Uma ko, aku dulu membebel busuk,kotor,pemalas sambil mengemas. Lepas ni kalau aku ada jgn la tunjuk perangai pengotor pemalas tu.

Mazlina Halim – Ko dah minta maaf ke belum ngan kakak ipar ko tu?

Aku paling menyampah bila orang ngata, bini ngabehkan duit laki.

Anne Is – Baik awak pindah dok dgn mak awak, korang kan species sama, eloklah saling bantu membantu. Lagi pun dia menantu, anak sendiri la lbh elok jaga mak, amacam? Blh dpt byk pahala tau, anak yg berbakti pd org tua, dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia..rebutlah peluang ni, k ipar tu memang bijak sungguh.

Isma Azwani – Nak masuk dalam 1 keluarga sebgai menantu mmg x mudah. Kakak ipar awk tu mmg kuat dan tabah. Nmpk sgt, dia sikit pon x mengadu kt abg awak. Awk ckap mcm2 pon dia boleh reply senyum je. Tabik dgn dia. Mintak laa maaf sunggh2 kt dia. Dan kmudian doa spaya allah prmudahkan hidup awk pulak.

Rosnida Rosli – KIFARAH itu wujud. Org putih kata whats goes around comes around. Moga yg fitnah aku dapat balasan setimpal.

So dgn zone yg aku telah wujudkan, aku rasa aman n x sesak otak. Biar la org fikir aku sombong, dr aku sakit hati sakit kepala akibatnya ku rela jauhkan diri.

Hadhinah Limon – Kepada Hani (bukan nama sebenar).. 1st thing you have to do is MINTA MAAF SUNGGUH SUNGGUH pada kakak ipar kau.. Itu yg paling utama.. Kebanyakan hal macam ni,,bila kau dah minta maaf pada orang yg kau buat salah tu, Allah buka jalan & mudahkan urusan hidup kau.. So pegi minta ampun maaf pada kakak ipar ko dulu k.

– Hani (Bukan nama sebenar) via IIUMC.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*