Neelofa Mohon Maaf Terbuka, Sekali Netizan Kait Dgn Sebab Fazura Trending

Setelah berdolak-dalik dengan pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) baru-baru ini, selebriti Neelofa akhirnya memohon maaf secara terbuka.

Mengaku tidak sensitif dan terlepas pandang ketika majlis pernikahan dan isu merentas negeri, isteri kepada PU Riz itu bersedia menerima apa sahaja hukuman daripada pihak berkuasa.

Bagaimanapun, bagi netizen permohonan maaf itu hanyalah kerana seterunya, Fazura yang menjadi duta satu jenama kasut ‘trending’ di media sosial. Terciduk ke tu?

Foto :IG

Biarpun permohonan maaf itu jelas menunjukkan kekesalan Neelofa, namun segelintir netizen berpendapat ia adalah kerana terdesak apabila orang ramai menumpukan kepada jenama pesaing selipar yang diwakilinya.

Semakin hari semakin panas, nampaknya kuasa sebenar terletak di tangan netizen. Apa kata anda?

Sudah Mohon Maaf, Netizen Tetap Nak Boik0t Produk Neelofa?

Sebentar tadi, pengacara terkenal iaitu Noor Neelofa tampil memohon maaf susulan isu merentas negeri ke Pulau Langkawi ketika negara dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Meskipun, pengacara itu sudah tampil memohon maaf kepada umum, namum, kelihatan netizen masih kurang berpuas hati dan berkeras untuk memboikot produk dari Neelofa.

Neelofa dah mohon maaf

Meninjau di laman Twitter, difahamkan rata-rata netizen kelihatan masih ingin meneruskan ‘hasrat’ untuk memboikot produk yang dikeluarkan di bawah penjenamaan Neelofa.

Sementara itu, ada juga segelintir netizen yang memaafkan pasangan tersebut. Ujar netizen, setiap manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan. Bahkan, mereka turut mendoakan yang terbaik buat Neelofa dan PU Riz.

“MasyaAllah, Comelnya Lahai Awak Ni,” – Sudah 6 Bulan Usianya, Tawa Riang Fatima Tarik Perhatian Peminat Fazura & Fattah

Lebih 6 bulan usianya, foto permata hati pasangan selebriti terkenal, Nur Fazura dan Fattah Amin iaitu Nur Fatima Aisyah kian mendapat perhatian para peminat ibu dan bapanya.

Makin comel, telatah manja puteri sulung dua pelakon itu juga kian menerima populariti sama seperti kedua orang tuanya.

Terbaru, Fazura ada memuat naik video pendek yang merakamkan aksi Fatima yang mengenakan dres merah jambu di sebuah pusat beli-belah terkemuka di Instagram.

“Fatima’s first day of shoot’ #SuriaKLCC,” tulis Fazura ringkas terhadap posting yang sudah pun menerima lebih 900,000 tontonan itu.

Meninjau ke ruangan komen, rata-ratanya memuji kecomelan Fatima selain ada yang mendoakan agar urusan Fazura seisi keluarga dipermudahkan.

“Shes so happy, so cute,” tulis seorang warganet.

“Yes! Fatima all the best baby,” tulis seorang lagi warganet.

“Sukanya dia nak shoot tu. Macam tau2 je si kecil ni,” puji seorang warganet pula.

“MasyaAllah… comelnya lahai awal ni Fatima. May you grow up strong and gojes like your mummy. Ameen,” doa seorang warganet buat Fatima.

Malah menerusi perkongsian di akaun @fattzuralovelife juga, pelbagai gaya dan ragam Fatima menjadi tatapan pengguna media sosial.

Terdahulu, Fatima dilahirkan pada 2 Oktober 2020.

Kredit foto: Instagram Fazura, Fattzura Love Life & Fattah Amin

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*