‘Makcik Petir’ disahkan pergi buat selamanya pagi tadi,Ini Penyakit Yang Dihidapi Aruwah Sebelum Menghembuskan Nafas Terakhir

Ini satu berita terkini yang diterima oleh industry seni tanah air. Pelakon veteran Noryati Taib telah pergi buat selamanya di umurnya 63 tahun.

Noryati Taib yang terkenal dengan nama watak Makcik Petir dan nama sapaan Mak Uda Yati, telah menghembuskan nafas terakhirnya sekitar jam 2 pagi hari ini bersamaan 7 April 2021.

Hal ini disampaikan dan disahkan oleh pengarah terkenal tanah air iaitu Shahrulezad atau Budak Ijat.

Untuk pengetahuan, Budak Ijat merupakan anak buah kepada arwah Noryati Taib.

Ini kenyataan dari pengarah drama Nur ini.

Innallilah hiwainailaihi rojiun. Salam semua, dukacita saya mahu maklumkan bahawa mak saudara saya iaitu Mak Uda Yati lebih terkenal dengan nama Makcik Petir atau nama sebenarnya Noryati Taib baru saja menghembuskan nafas terakhirnya sekitar jam 2 pagi tadi.”

Kepada semua para peminat arwah Mak Uda Yati saya pohon sama sama kita mendoakan agar roh beliau dirahmati oleh Allah dan dihimpunkan beliau di kalangan mereka yang beramal soleh. Sama-sama kita hadiahkan Al-fatihah buat arwah Noryati Taib. Semoga Allah berik kekuatan pada semua family kami dengan dugaan yang melanda ini. Al-fatihah.”

Sehingga kini belum diketahui apakah punca sebenar menyebabkan pemergian arwah Noryati Taib.

Namun diketahui sebelum ini Noryati memang sedang alami sakit kronik serta pernah dirawat kerana kecing manis atau diabetes sehingga kakinya terpaksa dipotong dan pernah menggunakan kaki palsu.

Pada tahun 2017, Noryati juga pernah dikejarkan ke hospital disebabkan jangkitan kuman di paru-paru. Malahan pada tahun lalu, Noryati juga pernah ditest positif untuk covid.

Noryati Taib sebelum ini terkenal dengan watak makcik yang bermulut becok dan bercakap laju atau pun mulut laser. Ianya amat berkesan dan real sehingga membuatkan nama Noryati terkenal sehingga nama Makcik Petir melekat.

Salam takziah buat semua ahli keluarga Noryati Taib, semoga tabah dengan dugaan ini. Sama-sama kita berdoa dan sedekah surah Al-fatihah. Inanillah.

Sumber: http://news-tel.com/pelakon-noryati-taib-atau-makcik-petir-disahkan-pergi-buat-selamanya-pagi-tadi-9083/amp?fbclid=IwAR3KwdwMCTAKy77RihCqYa8r05G6otMD_yAFxrcw8VvpGT6ehVF6oAL0kCE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*