Rombongan pengantin lelaki salah rumah siap dah duduk, sekali bukan rumah pengantin perempuan yang sebenar

Bila tibanya hari paling bahagia untuk setiap pasangan iaitu hari perkahwinan, pasti setiap orang berharap agar ianya berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang c4cat cela. Namun, tiada apa yang sempurna di dunia ini, walaupun semuanya sudah dirancang dengan rapi.

Seperti situasi yang tular di Indonesia ini, rombongan pengantin lelaki dipercayai telah ‘menyerbu’ ke dalam rumah yang salah, lapor Tribun Lombok.

Sementara pengantin wanita sedang menunggu rombongan lelaki yang tidak kunjung tiba, rombongan lelaki dipercayai telah pergi ke alamat rumah yang salah, menyerahkan hantaran dan duduk di dalam rumah itu.

Setelah menyedari bahawa mereka tersilap alamat, mereka terus keluar dari rumah itu dan mengambil semula barang hantaran. Video kejadian itu telah tular di Indonesia sejak beberapa hari yang lalu.

Dalam video tersebut, dapat dilihat mereka terpaksa menanggung malu kerana tersalah alamat. Menurut Tribun Lombok, mereka pergi ke kediaman seorang wanita yang sedang mengadakan majlis pertunangan.

Mereka ‘tersesat’ kerana menggunakan share location di Google Maps yang dihantar pada mereka. Kebetulan pula, kampung itu pada ketika itu mempunyai dua majlis iaitu pernikahan dan pertunangan.

VIDEO

“Tak kan la pengantin lelaki atau ahli keluarga tak tau alamat rumah bakal isteri.. Kalau tetamu yg salah alamat biasa la dgr..”

“Teringat member aku salah umh open hse.. tmn yg same, lorong yg same ade 2 umh buat open hse.. da kyg melantak baru tau tu umh jiran rupe nye..”

Ini namanya JODOH SALAH ALAMAT

Sumber : Siakap Keli

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*