“Purdah Tak Mampu Menutup Sifat Seakan Sombong Dan Angkuh” – Warganet Kecewa Terhadap Kenyataan Neelofa

Kehidupan seorang selebriti sudah semestinya tidak akan lari jauh daripada perhatian warganet, lebih-lebih lagi apabila perwatakan dan imej segelintir selebriti tanah air kita sering menjadi tumpuan dan dianggap sebagai idola oleh peminat mereka. Meskipun gelaran ‘selebriti’ diberikan kepada mereka, namun mereka juga merupakan manusia biasa yang tak lari daripada melakukan kesilapan. Lumrah menjadi seorang selebriti ini akan sentiasa dikecam lebih-lebih lagi apabila perkara yang dimuat naik oleh mereka sangat terkesan oleh warganet.

Terkini, isu yang masih hangat menjadi perbulan warganet di media sosial mengenai usahawan dan pengacara terkenal, Noor Neelofa sekali lagi mengundang amarah warganet apabila beberapa kenyataannya di sidang akhbar baru-baru ini berbaur seperti angkuh dan riak. Menerusi sidang akhbar tersebut, Neelofa mengucapkan terima kasih kepada warganet kerana disebabkan warganet yang membuat ‘free marketing‘ ini, beliau mendapat peluang untuk membuka lebih banyak cawangan air yang berjenama itu.

Menurut warganet di Twitter, perbuatan Neelofa diungkapkan seperti menyiram bara api yang sedang hangat membara dek kerana isu ini masih belum diselesaikan. Meninjau di Twitter, majoriti daripada warganet meluahkan perasaan kecewa dengan kenyataan Neelofa yang dianggap bongkak serta tidak menyangka beliau akan berkata seperti itu.

Kenyataan Neelofa yang dikatakan berbaur seperti angkuh ini telah membuatkan sesetengah warganet untuk tidak menyokong produk-produk Neelofa lagi. Bagaimanapun, dalam sidang akhbar tersebut, Neelofa meminta ruang privasi untuk beliau menyelesaikan kemelut ini bersama pihak atasan. Apa-apa pun, kita mengharapkan ada penjelasan di atas setiap perkara berlaku. Sama-sama kita nantikan kenyataan rasmi daripada pihak Neelofa dan pihak berkuasa untuk isu ini.

Penulis: Aqilah Paharuzi 

Sumber: Koolfm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*