“Kalau Minta Tisu Dia boleh Ambilkkan Tak?” Orang Ramai Teruja Robot Ganti Pelayan Kedai Makan

Teknologi di Malaysia semakin meluas dan kini semua orang lebih arif dengan penggunaan teknologi dari penggunaan media sosial untuk mendekatkan yang jauh kerana tidak dapat rentas negeri sehinggalah membuat pembayaran secara atas talian untuk kurangkan sentuhan fizikal. Tambahan pula di musim pandemik Covid-19 ini, pelbagai inisiatif dilaksanakan oleh semua pihak demi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan wabak ini.

Baru-baru ini tular sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna Twitter, Darleen Zakir, yang menunjukkan sebuah kedai makan atau lebih mesra digelar kedai mamak telah menggunakan khidmat robot untuk menghantar pesanan makanan ke pada pelanggan. Perkongsian tersebut telah menarik perhatian pengguna Twitter lain dan ada juga yang memberitahu ada beberapa buah restoran lain menggunkan khidmt robot yang sama.

Jelas dilihat dalam video tersebut, penggunaan robot Secure Robotics itu membuatkan ramai pelanggan seakan terhibur malah terkesima dengan teknologi baharu itu. Ia bukan sahaja sesuatu yang baik untuk pelanggan malah bagus juga untuk restoran yang menggunakan khidmat robot di mana mungkin selepas ini mereka boleh jimat masa penghantara kerana tidak ada sesi sembang-sembang bersama pelanggan.

Rata-rata pengguna Twitter memberi komen tindakan sesetengah restoran yang mempraktikkan khidmat robot ini sangat bagus malah ada juga yang memuji situasi ini menunjukkan Malaysia semakin ke depan! Namun, ada juga yang memberi komen robot tersebut mungin tidak akan lambat hantar pesanan tetapi pelanggan yang lambat untuk mengambil hidangan yang disampaikan kerana sibuk mengambil gambar atau video. Apa pendapat anda pula?

Inisiatif ini dilihat memberi kebaikan kepada semua pihak walaupun ada yang menyatakan robot ‘makan bil api’ tetapi sama juga jika restoran perlu membayar gaji pekerja. Buat masa ini, masyarakat digalakkan untuk kurangkan sentuhan fizikal dan khidmat robot seperti ini mungkin boleh membantu kita jaga SOP. Jadi, apa agaknya yang akan robot buat selepas ini? Mungkin jadi tukang masak? Dapatlah merasa ‘air tangan’ robot pula..hiks!

Sumber: Koolfm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*