‘Alhamdulillah’ Dah Tamat Belajar Dan Selesai Konvokesyen’ – A. Aida Syukur Anak Bakal Jadi Doktor. A.aida Dedah ‘Individu’ Ini Yang Bantu Anak Dia Sepanjang Pembelajaran

” Alhamdulillah, dia sudah tamat belajar dan selesai konvokesyen.”

Itu kata-kata penerbit terkenal Datuk A Aida yang terharu apabila anak sulungnya, Wan Az Aleesa, 25, bakal bergelar doktor.

Terdahulu, Aleesa berjaya menamatkan pengajian di peringkat Sarjana Muda Dietetik dengan kepujian, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), pada majlis konvokesyen yang diadakan di pusat pengajian tinggi itu di Bangi, semalam.

Menurut Aida, 51, atau nama sebenarnya Zaidah Awang, dari kecil lagi dia sudah tetapkan anak sulungnya itu perlu menjadi doktor.

” Namun, semalam tak boleh ikut serta disebabkan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan selain peraturan universiti. Jadi, saya tunggu di rumah saja.

” Sebenarnya, menjadi ibu tunggal yang besarkan tiga anak dengan karakter berbeza teramat perit. Kadang-kadang menangis sendiri.

” Saya memang pentingkan pendidikan anak-anak. Saya sudah tetapkan anak pertama kena menjadi doktor dan selalu ingatkan dia.

” Saya asah dan tanamkan minat dia dari kecil. Alhamdulillah, dia okay dan ikut. Kiranya buku memang teman baik dia.

” Walaupun tidak membesar dengan bapa kandungnya, saya bersyukur Allah hantar Prof Madya Datuk Dr Ustaz Ariff sebagai bapa angkat anak-anak saya.

” Dia yang membantu anak-anak dalam pelajaran,” katanya kepada HarianMetro.

Menurut A Aida, Aleesa bakal menyambung pengajian di peringkat Sarjana Irritable Bowel Diseases (IBD) Gastroenterologist di Fakulti Perubatan, HUKM.

Anak keduanya, Wan Eva Natassha, 20, pula dididik untuk menjadi akauntan dan anak ketiga, Muhammad Rahul, 13, menjadi peguam.

Wan Az Aleesa dan Wan Eva Natassha adalah anak hasil perkahwinan dengan penyanyi, Ameng, manakala Rahul pula menerusi perkahwinan ketiga dengan pegawai polis.

A. Aida dan Ameng berkahwin pada 1995 namun pasangan itu berpisah pada 2003.

Aleesa tiada dndam terhadap bapa kandung, Ameng.

Sebelum ini, portal hiburan pernah menyiarkan kisah Aleesa dan adiknya Nastassha yang bertemu bapa kandung mereka, Ameng selepas keluar dari pnjara pada 2016.

Menurut Aleesa, ibunya, A. Aida tidak pernah menghalang mereka berjumpa bapa.

Malah ibunya sentiasa ingatkan untuk tidak memutuskan silaturrahim dengan keluarga sebelah bapanya dan sering melawat nenek (ibu Ameng) di kampung.

Dalam pada itu, Wan Az Aleesa berkata, dia tidak pernah menyimpan dndam atau perasaan mrah terhadap Ameng dan menganggap kjdian yang berlaku sebelum ini sebagai sejarah.

” Saya tidak pernah rasa marah dengan papa kerana semua orang pernah melakukan ksaIahan dan apa yang berlaku sebelum ini sudah pun menjadi sejarah.

” Saya kenal papa saya dan bukan hanya kerana satu ksaIahan itu pandangan kami dua beradik terus berubah terhadapnya.

” Apa yang paling penting kini adalah kami kena bersikap terbuka dan memandang kehadapan,” ujarnya.

Sementara itu Ameng mempunyai seorang lagi cahaya mata hasil perkahwinannya dengan Sabariah Zakaria, 50, iaitu Wan Ahmad Haizal yang berusia 13 tahun.

Sumber:hmetro dan mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*