Sajat masih bersembunyi, sekali KPN bagi kata dua

POLIS menggesa usahawan kosmetik kontroversi, Nur Sajat agar keluar daripada persembunyian dan berhadapan dengan kes di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, keputusan Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman untuk bersembunyi adalah sangat aneh kerana dia tidak menghadapi tuduhan serius di mahkamah.

Tambah Abdul Hamid, buat masa ini, belum ada perkembangan mengenai kedudukan usahawan tersebut.

“Saya harap dia bertanggungjawab, itu private life dia, saya tahu, walau sedang bersembunyi, dia masih lagi hendak mencuit perasaan orang ramai (dengan kenyataan dan tindakan yang dilakukannya).

“Saya minta dia balik dan pergi ke mahkamah. Dia sudah memang di luar negara, masa dia lari dari mahkamah itu kita tidak dapat kesan, hanya kita tahu lebih kurang dia di mana.

“Kita ada teknik mengesan misalnya ada di Kedah, Perak, kita cuba hendak menahan dia di sempadan. Tetapi kena faham, sempadan kita bukan sahaja tembok, kalau mereka gunakan lorong tikus ini, sukar bagi kita,” ujarnya.

“Dia masih bersembunyi, kalau dia nak muat naik aktiviti dia, tak apa lah, kita tunggu kerana jerat tidak akan lupa pelanduk. Dia (akan) baliklah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Unit Anjing Pengesan K9 di Pit Latihan Seksyen K9 di Pulau Langkawi pada Ahad.

Mahkamah Tinggi Syariah mengeluarkan waran tangkap terhadap Nur Sajat, 36, kerana gagal di mahkamah pada 23 Februari.

Dia didakwa berpakaian wanita di sebuah majlis keagamaan di sebuah pusat kecantikan di Shah Alam sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina.

Dia didakwa mengikut Seksyen 10 (a) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang memperuntukkan denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan. – THE STAR

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*