PlLU, Baru Sambut Anniversary Pertama, Fr0ntliner M4ut Kemalang4n Tinggalkan Isteri Sar4t Hamil

Selamat jalan Wan.. tak sempat kau tatap wajah anak yg bakaI Iahir 😢😢😢 Semoga kau tenang di sana. Buat isteri, kuatIah demi anak yg bakaI Iahir. Sama2 sedekahkan Al-Fatihah buat arw4h..

SUNGKAI – Seorang petugas barisan hadapan (frontliners) jabatan kecemasan dan trauma di sebuah hospital yang dalam perjalanan ke tempat kerjanya maut selepas dalam terlibat dalam kemalangan di Kilometer 88, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail, kemalangan pada pukul 11.04 pagi itu berlaku semasa pemandu Perodua Myvi, Muhammad Ridhwan Ismail,22, dalam perjalanan dari Subang Jaya, Selangor menghala ke Teluk Intan, Perak.

“Apabila sampai di lokasi kemalangan, mangsa disyaki telah hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan Proton Saga secara berdepan.

“Akibat daripada kemalangan ini, pemandu Perodua Myvi mengalami kecederaan dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital Slim River manakala pasangan suami isteri yang menaiki Proton Saga meninggal dunia di lokasi kemalangan,” katanya.

Difahamkan, arwah Ridhwan baru sahaja menyambut ulangtahun perkahwinannya yang pertama pada 3 September lalu dan bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi.

Semoga isteri arwah yang juga bertugas sebagai jururawat tabah dan kuat menghadapi dugaan yang amat berat ini.

Salam takziah juga buat pasangan suami isteri yang menaiki kereta Proton Saga yang turut terkorban dalam kemalangan terbut. Al Fatihah..

Sumber: cempedakcheese

Sumber:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*