Pernah kena denda tak scan MySejahtera, sekali Najib Cakap Muhyiddin pun langgar SOP

Ahli Parlimen Pekan, Najib Razak mempersoalkan apakah tindakan akan diambil terhadap Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin kerana tidak memakai pelitup dalam satu majlis di sebuah hotel.

Najib berkata, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah sebelum ini memberitahu individu yang telah menerima vaksin perlu tetap mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

“Setahu saya, orang yang sudah diberi vaksin masih perlu ikut SOP. Ini yang Menteri vaksin Khairy kata tiga hari lalu.

“Ketua pengarah KKM juga pernah memberi amaran yang sama.

“Adakah PM8 juga akan disiasat langgar SOP?” soal Najib di Facebooknya.

Bekas perdana menteri itu juga mempersoal apakah Muhyiddin mendaftar masuk ke hotel berkenaan menggunakan aplikasi MySejahtera.

Najib merujuk kepada beberapa gambar disiarkan media yang menunjukkan Muhyiddin tiba di Hotel Zenith di Johor pada 31 Mac untuk mempengerusikan mesyuarat Bersatu Johor dan Perikatan Nasional Johor.

Dalam foto tersebut, Muhyiddin dilihat satu-satunya individu yang tidak memakai pelitup muka ketika melalui hotel berkenaan.

Malaysiakini telah menghubungi pejabat perdana menteri untuk mendapatkan komen dan sedang menunggu jawapan.

Pemakaian pelitup muka di tempat awam diwajibkan sejak 1 Ogos tahun lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan berkata individu yang ingkar boleh dikenakan denda RM1,500 dengan jumlah maksimum RM10,000.

Muhyiddin menerima dos kedua vaksin Covid-19 Pfizer dan BioNTech pada 17 Mac, setelah dos pertama diterimanya tiga minggu sebelum itu.

Sementara itu, Najib membandingkan dengan dirinya apabila dia dikecam kerana ‘terlupa’ mendaftar masuk Aplikasi Mysejahtera di sebuah kedai nasi ayam di Bukit Bintang pada 19 Mac.

Najib berkata polis telah merakam kenyataannya berhubung perkara itu.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan polis menjalankan siasatan berhubung pelanggaran SOP PKPB oleh Najib di sebuah restoran di Jalan Bukit Bintang, di sini, semalam.

Mohamad Zainal dipetik berkata, siasatan itu dilakukan susulan satu video tular di media sosial menunjukkan Najib melanggar SOP PKPB apabila tidak melakukan imbasan suhu dan tidak mendaftar masuk menggunakan MySejahtera ketika masuk ke restoran berkenaan.

Beliau dipetik berkata, siasatan itu dilakukan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) 2021.

Sebelum ini, satu video berdurasi satu minit 39 saat menunjukkan Najib dilihat masuk ke restoran berkenaan dengan tidak melakukan imbasan suhu serta mendaftar masuk menggunakan MySejahtera tular di media sosial sejak semalam.

Sumber: http://trendingsangat.pw/2021/04/pernah-kena-denda-tak-scan-mysejahtera-sekalinnajib-cakap-muhyiddin-pun-langgar-sop/

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*