Berder4u jntung aku lihat baki akaun bank dari 46k jadi RM120. Bila tanya ist3ri dia kata kena sc4m

Foto sekadar hiasan

Salam admin tolong hide profile saya ye, terima kasih. Saya dah kahwin dan mempunyai 2 orang anak. Anak sulung umur 7 tahun dah sekolah. Isteri saya tak kerja dan saya kerja sebagai driver untuk Ceo.

Gaji saya lebih kurang 7k hingga 9k setiap bulan. Gaji saya akan terus masuk akaun bank dan kad atm dipegang oleh bini saya. Kami dah kahwin 9 tahun dan saya percaya sangat dengan bini yang uruskan rumah dan bank.

Isteri saya memang sayang saya dan anak – anak. Baru – baru ini sejak ada jiran baru, saya perasan bini saya dah banyak berubah. Saya pun mula rasa ragu – ragu macam ada sesuatu dan saya pun bincang dengan bini saya.

Adakah dia keadaan dalam str3ss atau ada apa – apa masalah. Tapi dia bagi tahu semua ok dan sihat. Selepas 2 minggu itu saya dapat panggiIan dari pihak bank kata saya tak bayar duit rumah 2 bulan dah.

Saya pun panik dan terus call bini tanya pasal payment dan dia kata dah bayar. Saya pun ambil cuti pergi bank dan mereka kata tak terima pembayaran untuk 2 bulan berturut – turut.

Saya tanya bini sekali lagi, dia kata pulak dia kena tipu sc4m dengan orang yang dia tak kenal. Saya check dalam kad bank hanya tinggal RM120 je. Bayangkan sebelum ini saya check pada bulan 12 hari itu ada dalam akaun 46k.

Tiba – tiba semua duit hilang. Saya seorang yang tak pernah miss payment bank. Saya dan isteri g4duh tak de la sampai pukuI. Kemudian saya pun memang dah tak ada pilihan, saya minta emas dari bini untuk pergi gadai.

Yang peliknya itu pun semua hilang katanya. Str3ss saya sangat tinggi. Jadi saya keluar dari rumah pergi ke rumah abang saya dan minta pinjam duit 4k. Lepas saya dah settle hutang bank, saya maafkan bini saya.

Saya sayang dia dan saya tak nak berpisah dengan dia. Selepas itu saya bawa boss pergi ke Johor untuk 2 hari. Sampai sana saya hubungi handphone bini saya tapi tak dapat call.

Oleh sebab risau, saya minta abang saya pergi ke rumah untuk check dan bini saya bagitahu handphone rosak. Selepas 2 hari saya balik KL dan bawa HP ke kedai untuk repair. Saya pun beli HP baru sementara tunggu HP dia siap.

Lepas 3 hari saya ambil HP itu dan saya check dalam HP. Waktu itu hati saya dah tak mampu nak terima dia lagi. Dia ada 3 bf dan semuanya kerap masuk rumah lepas saya pergi ke kerja.

Saya pergi kerja pukuI 6 pagi dan balik pukuI 11 atau 12 malam, biasa la kerja sebagi driver. Semasa saya check dalam HP, dia kenal 3 jantan ini daripada jiran baru sebeIah rumah, seorang kaki pompuan.

Malam itu jugak saya hantar bini saya ke rumah mertua dan bagitahu kepada mereka apa sebenarnya yang berlaku. Selepas itu saya buat rep0rt polis dan bagitahu saya nak cerai dan anak – anak saya tidak akan hantar ke rumah mertua.

Saya minta ibu saya untuk jaga mereka sementara proses cerai jalan. Semalam family mertua datang dan minta saya jangan cerai dan suruh saya memberi maaf dan bini saya janji tak akan ulang lagi.

Bagi saya, saya tetap nak cerai dan saya nak dapat nasihat daripada warga facebook. Apa yang saya kena lakukan?

Komen Warganet :

Nurul Tie : Kita h4mba Allah, apa saja kita lalui Allah nak tengok sesabar mana kita bertahan. Ya pahit memang pahit, tapi jika tt nampak Allah di sebalik semua yang jadi, tt akan bermuhasabah diri dan pujuk hati agar redha.

Pahala buat tt inshaa-Allah banyak. Bukan kira tt baik atau isterinya jahat. Tapi bagaimana tt handle ujian besar ini. Bimbing isteri kembali pada Allah, itu yang tersirat yang Allah nak smpaikan. Yang mana nak cuba faham tu faham lah.

Ujian ni tanda Allah rindu dan ingin berbicara dengan kita, terutamanya tt sekarang. Ambil peluang ni daripada sudut positif, Inshaa-Allah tt ditingkatkan darjat. Setiap pend0sa ingin ke syurga.

Barangkali dengan taubat nasuha, mereka lebih mulia daripada kita. Hati – hati menghakimi si isteri tt ni. Cukuplah sama – sama muhasabah diri, ambil pengajaran daripada ujian orang lain. Apa saja kita tulis sekarang, baik atau buruk semua Allah hitung kelak.

Khaulah Al Azwar : Nak kembali semula boleh, tapi mesti ingat ya apabila sesuatu perkara buruk berlaku pada pasangan dan lepas tu nak bercerai kemudian pasangan mintak merujuk kembali.

Situasi seperti ini tidak akan sama macam kita mula – mula baru berkahwin rasa sayang dengan pasangan. Berkemungkinan bila kita rujuk kembali jiwa kita akan terasa marah sedih dan geram apa yang berlaku sebelumnya.

Baiklah solat istikharah mintak petunjuk dari Allah. Semoga Allah pertemukan jalan keluar buat anda dan dipermudahkan urusan anda. Amin.. fikir – fikirkan la.

Naufal Umar : Huh.. Kalau sorang takpa. Ni 3 orang. Atau sekadar berkenalan ja. Dan kalau belum berkahwin takpa, boleh maafkan. Tapi dah jadi isteri orang kot. Awak dah maafkan bab duit, banyak pula nak maafkan.

Bukan salah awak sebab sibuk. Orang lain suami lagi sibuk. Saya pun suami balik kerja pukuI 10 malam. Lepas tu sambung lagi buat kat bilik kerja, sampai pukuI 3 – 4 am lebih. Dah 8 tahun camtu+ insomnia. Nature kerja dia camtu.

Tapi aku takda la nak curang. LagiIa suami aku bagi kebebasan boleh pergi travel oversea. Pergi travel sana sini dengan anak sahaja. Selalu masuk keluar hotel dengan anak. Anak ye.

Tak ambik kesempatan pun atas kelebihan yang suami bagi. Suami yang mudah bagi izin. Bagi kredit kad pun aku guna berhemah. Tak da pun aku beli barang – barang berjenama nak susahkan suami.

Beli barang dapur dan baju sendiri pun takat puluh – puluh bawah RM 20. Tak dak pulak nak guna belanja laki lain. Tak sampai hati nak bazir walaupun kat diri sendiri nanti dia kerja lagi kuat.

Kawan aku, anak aku. Orang yang curang ni sebab dia depends pada manusia untuk heaI benda yang pada dia sedih atau nak dapatkan kebahagiaan dari manusia. Dia tak mampu cari kebahagiaan dengan diri sendiri.

Jadi pada aku, tu la, nak cari pasangan tak curang, ko tengokla kalau dia sejenis l0ne renjer, takda kawan, sorang – sorang. Insyaallah orang tu kuat mentaI, em0si dan tak mudah berg4ntung pada manusia. Dia berg4ntung pada Allah.

Muhammad Sallehhin Dahlan : Aku harap dia bacalah komen aku ni. Bro, bini kau dah macam peI4cur. Aku bagitahu ni. Dia dah gadai hak kau pada jantan lain. Biarlah mertua kau menangis sekalipun.

Berk0rban apa pun cerai di tangan kau bro. Aku nasihatkan putvskan lah. Banyak lagi orang kat luar sana sanggup jaga anak kau. Perempuan macam ni tak layak dah dihargai sebab tiada maru4h.

Sanggup pert4ruhkan hak kau, bukan hak orang lain tapi hak kau sebagai suami. Kau dah ada bukti, kau ceraikan sahaja.

Sumber: KRT

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*