Perjalanan Bagaimana Bermulanya Kerjaya Dayah Zubit Sebagai Pengasuh Siti Aafiyah

Mungkin ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan gadis cantik manis yang menggelarkan dirinya sebagai ‘kakak’ kepada anak penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah. Menerusi satu artikel yang dikeluarkan oleh In-Trend, Dayah telah berkongsi cerita mengenai kisahnya bersama dengan keluarga Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Cantik manis lagi ayu orangnya. Dayah ni bukan calang-calang orangnya.

Berikut adalah fakta dan perkongsian Dayah mengenai pengalamannya diterima sebagai pengasuh Siti Aafiyah. Jom kita tengok!

  1. Dayah adalah seorang gadis manis yang kini berusia 25 tahun dan berasal dari Padang Serai, Kedah Darul Aman.
  2.  Dayah mempunyai lulusan diploma dalam bidang kejururawatan. Dayah mencuba nasib  setelah mendapat tahu mengenai Dato’ Siti yang sedang mencari jururawat peribadi. Namun, dia sebenarnya tidak tahu bahawa tugasannya adalah untuk menjaga Siti Aafiyah.
  3. Dayah cuba menghubungi pengurus peribadi Dato’ Sri Siti iaitu Kak Rozi dan Dayah diminta untuk datang terus ke rumah Dato’ Siti untuk sesi temuduga.
  4. Nervous’ itulah perasaan yang dirasakan sewaktu pertama kali menjejakkan kaki di rumah Dato’ Siti. Dia kemudiannya ditemuduga sendiri oleh Dato’ Siti dan juga Datuk K.
  5. Dayah kemudiannya diberi pilihan sama ada mahu tinggal sekali atau balik hari. “Tapi dari butir bicara ‘Mak Iti’ panggilan manja untuk Dato’ Siti, dia lebih mahukan Dayah tinggal bersama kerana Dayah perlu sentiasa ada bersama Siti Aafiyah walau kemana sahaja Aafiyah pergi. Jadi Dayah fahamlah,” kata Dayah.
  6. Tanggal 21 Mei 2018, maka bermulalah tugasan dan tanggungjawab baru Dayah sebagai pengasuh kepada Siti Aafiyah.
  7. Tidak dinafikan perasaan bercampur baur kerana risau akan tugasannya bukanlah satu tugas yang mudah. Dia diamanahkan untuk menjaga anak kepada orang yang sangat terkenal. Risau kalau apa yang diberi tidak menepati’ standard’ yang diharapkan. Namun perlahan lahan Dayah cuba membiasakan diri dengan tugasan baru itu dan semua orang di rumah itu memberi kerjasama yang baik dan ianya sangat memudahkan kerja Dayah.

8. Pada mulanya Dayah berasa agak kekok namun dia turut bersyukur kerana diberikan majikan yang baik seperti Dato’ Siti dan Datuk K. Dato’ Siti memainkan peranan yang penting dalam memastikan dirinya sentiasa berada dalam keadaan yang selesa seperti keluarga sendiri dan tidak merasa terasing.

9. Dato’ Siti juga merupakan seorang ibu yang sangat lembut, seperti mana yang selalu kita tengok di instagram, begitu jugalah realiti bagaimana dia melayani anaknya, Siti Aafiyah.

10. Dayah pernah mendapat tawaran dai KKM untuk satu jawatan tetap di Hospital Pulau Pinang namun hatinya berbelah bagi dan akhirnya Dayah mengambil keputusan untuk menolak tawaran tersebut dan memilih kerjaya sebagai pegasuh kerana kasih sayangnya terhadap Aafiyah yang sangat mendalam.

Sebelum ini, Dayah juga pernah merakamkan video pendek tentang gelagat Aafiyah dalam melakukan #patiencechallenge (ujian kesabaran) yang tular sekitar Mei lalu.

Dayah Zubit adalah pengasuh kesayangan Siti Aafiyah dan juga Dato’ Sri Siti Nurhaliza tau!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*