Dia kata takde siapa pun carik! “Muka cantik buat apa saya nak menyorok”

Meskipun sudah sebulan diburu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), usahawan kontroversi Sajat nampaknya masih aktif di media sosial dipercayai membuat ‘live’ di akaun Instagram miliknya pagi semalam.

Menurut laporan Kosmo! Online, individu dipercayai Sajat itu bagaimanapun tidak menunjukkan wajah kepada warganet selain mengatakan dirinya dalam keadaan baik.

Malah, usahawan berusia 36 tahun tersebut menjawab beberapa soalan termasuk isu murtad dan dakwaan bersem­bunyi daripada pihak JAIS dan polis.

“Kata kita murtad, suka hati saja (buat tohmahan),” kata Sajat selepas tular sebuah video yang memaparkan dirinya seolah-oleh berniat mahu menukar agama, tiga minggu lalu.

Menerusi laporan sama, dia turut menafikan kononnya bersembunyi selepas waran tangkap dikeluarkan susulan gagal hadir untuk sebutan semula kes di mahkamah pada 23 Februari lalu.

“Bila masa (saya) menyorok. Muka cantik hendak menyorok? Merepek!,” kata pemilik nama Muhammad Sajjad Kamaruzzaman itu.

Selain itu, Sajat juga mendakwa pihak berkuasa tidak mencari dirinya selain yakin polis mempunyai kes atau urusan lebih penting berbanding dirinya.

Difahamkan, itu adalah ‘live’ pertama Sajat sejak pihak berkuasa berusaha menjejakinya yang dipercayai menghilangkan diri sehingga gagal dikesan.

Sumber: Kosmo! Online (Zulkifli Manzor) via ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*